PILIHAN RAYA#PRKPengkalanKubor: Mat Razi yakin pengundi beri kepercayaan kepada BN

#PRKPengkalanKubor: Mat Razi yakin pengundi beri kepercayaan kepada BN

#PRKPengkalanKubor: Mat Razi yakin pengundi beri kepercayaan kepada BN

CALON Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan terus memberi kepercayaan kepada BN. – Foto BHOnline
TUMPAT: Calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan terus memberi kepercayaan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil itu.

Beliau yang ditemui selepas menyempurnakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, di sini, pagi ini turut menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang diterimanya ketika berkempen.

“Seawal jam 7 pagi, mungkin ada yang sudah bersiap untuk mengunjungi pusat mengundi.

“Didoakan (kepada pengundi) semoga diberi kemudahan untuk menyempurnakan tanggungjawab dan berharap proses ini berjalan lancar. Kita yakin, komitmen pengundi untuk terus menyokong BN adalah tinggi,” katanya.

Semua 45 saluran tempat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi tadi dan ditutup jam 5 petang.

Keputusan penuh PRK DUN Pengkalan Kubor dijangka diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9 malam ini

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami