Jawatan PAS dalam barisan Exco Selangor dikurangkan kepada 3 - pakdin.my

wpid-azmin-angkat-sumpah-mb.jpg

PAS terus kena main apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Manakala dua Exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Azmin.

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Ia diumumkan Azmin berhubung 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru pada Jumaat di di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Orang kanan Azmin, Adun Batu Caves, Amiruddin Saari turut dilantik membarisi Exco Selangor.

Manakala Azmin juga melantik Adun Seri Setia, Nik Nazmi dan mengekalkan Elizabeth Wong dan Dr. Daroyah.

Bagi DAP, Azmin mengekal ketiga-tiga Exco lama yang dipecat sebelum ini.

Kompisisi Exco Selangor kini adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP.

Berikut adalah senarai penuh barisan Exco Selangor yang baharu dan mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah 2.45 petang ini.

1. Elizabeth Wong Keat Ping

2. Dr Da‎royah Alwi

3. Nik Nazmi Nik Ahmad

4. Amirudin Shari

5. Datuk Teng Chang Khim

6. Ean Yong Hian Wah

7. V Ganabatirau

8. Iskandar Abdul Samad

9. Dr Ahmad Yunus Hairi

10. Zaidy Abdul Talib

UTAMAPOLITIKJawatan PAS dalam barisan Exco Selangor dikurangkan kepada 3

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium