PAS mengeluarkan surat pelantikan sebagai calon jawatan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada wakil rakyatnya.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad bagaimanapun tidak mendedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan mana yang dicalonkan untuk kerusi itu.
Beliau hanya memaklumkan, calon yang dipilih adalah seorang peguam dan namanya akan diumumkan pada 24 November ini apabila DUN Selangor bersidang untuk mengundi calon bagi mengisi jawatan itu.
“Saya menandatangani surat itu dan calonnya juga sudah menerimanya (surat pelantikan calon),” katanya selepas mengiringi Menteri Besar, Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan penjawat awam di sini, Isnin.