BERITADUNIAAirAsia #QZ8501: Kementerian Pengangkutan Indonesia Cadang Perubahan (video)

AirAsia #QZ8501: Kementerian Pengangkutan Indonesia Cadang Perubahan (video)

AirAsia #QZ8501: Kementerian Pengangkutan Indonesia Cadang Perubahan (video)

Kementerian Pengangkutan Indonesia mencadangkan beberapa perubahan bagi meningkatkan piawaian keselamatan penerbangan, susulan nahas AirAsia Indonesia QZ8501 yang menimpa tiga minggu lalu.

Beberapa peraturan keselamatan baharu telah dilaksanakan termasuk berhubung permit laluan dan lesen pengangkutan udara.

Ignasius berkata demikian pada sesi pendengaran Dewan Perwakilan Rakyat yang diadakan di Jakarta semalam.

Katanya, permohonan permit laluan dan lesen pengangkutan udara akan dijalankan secara atas talian bermula bulan depan.

Selain itu, anak kapal serta pengawal trafik udara harus menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah keselamatan.

Cadangan kenaikan gaji bagi kakitangan penyelenggaraan dan pegawai keselamatan juga diusulkan.

Kementerian itu akan mula melakukan pemeriksaan lebih kerap, bagi memastikan peraturan keselamatan baharu itu dipatuhi.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami