Mahfuz Omar (Mr Bean) memang tahu telesidang tersebut tidak akan berlaku tetapi demi agenda buruknya maka beliau war-warkan akan mengadakan telesidang bersama Sirul yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
Beliau sudah bersedia dengan fitnah dan persepsi yang akan dihamburkan kononnya kegagalan telesidang adalah kerana mendapat halangan dari pihak tertentu di negara ini atau lebih tepat UMNO.
Sepatutnya Mahfuz bersedia berada di Sydney, Australia bagi mengatur telesidang tersebut kerana beliau pasti akan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak disana yang bersekongkol dengan pembangkang di Malaysia bagi memburukkan kerajaan Malaysia. Lebih nampak hebat lagi kalau keluarga Altantuya di libatkan sama dalam telesidang tersebut. Mengapa itu semua tidak dilakukan? Sendiri mau fikir lah.
Setidak-tidaknya Mahfuz bawa keluarga Sirul ke Sydney dan menggantikan telesidang tersebut bersama keluarga Sirul yang kononnya telah mendengar sendiri dari Sirul semasa melawat beliau di puasat tahanan Imigresen kalau merasakan memang ada penemuan baru dalam kes pembunuhan Altantuya.
Bagi mereka ini bukan soal jenayah tetapi soal politik dengan matlamat utama bagi mengalihkan pandangan umum mengenai Ke Liwat II. Mereka sudah mula kepanasan dengan pendedahanberfakta oleh Pendakwaraya dalam Rayuan Kes Liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah.
Lupa pula tak lama lagi akan diadakan Muktamar Pemilihan PAS. Guna apa sahaja ruang untuk memastikan menang dalam pemilihan nanti, kan Mahfuz..
Telesidang PAS-Sirul Gagal
Hasrat PAS untuk mengadakan telesidang dengan Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu gagal apabila bekas komando polis itu tidak dapat dihubungi pada Isnin.
Sirul, yang dijadualkan akan melakukan pendedahan mengenai kes pembunuhan tersebut menerusi sidang telefon bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada Isnin, pukul 11.30 pagi dari Sydney, Australia tidak dapat dihubungi apabila tiba waktu yang ditetapkan.
Mahfuz yang hadir untuk sesi tersebut pada pukul 11.30 pagi cuba menghubungi Sirul dari Ibu Pejabat PAS di sini seperti yang dijanjikan namun gagal apabila setiap percubaan disambungkan terus ke peti pesanan suara.
“Saya sudah menghubungi Sirul pada pukul 10.44 pagi ini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mengesahkan tentang sidang pada hari ini dan dia menjawab menjawab ‘OK Datuk’.
“Dalam SMS yang dihantar kepadanya juga, saya beritahu bahawa saya ‘akan menghubunginya dengan ‘nombor ini’ (nombor lain daripada nombor yang biasa digunakan) bagi mengelak gangguan jika ada panggilan lain masuk ketika sidang berlangsung,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.