BERITANurul Izzah Ditahan Reman

Nurul Izzah Ditahan Reman

nurul-izah-hina-hakim-di-parlimen

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Isnin.

Difahamkan, beliau akan dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Berita penahanan itu disahkan peguam PKR R. Sivarasa yang turut berada ketika Nurul Izzah hadir balai polis.

Nurul Izzah dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya menghina hakim di Parlimen dan himpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.

Nurul Izzah dalam ucapannya di Parlimen mengkritik tindakan hakim yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Liwat II.

Tempoh penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun belum diketahui.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami