BERITANahas Helikopter: Enam Mayat Dibawa Ke HKL

Nahas Helikopter: Enam Mayat Dibawa Ke HKL

Nahas Helikopter: Enam Mayat Dibawa Ke HKL
Juruterbang Kapten Cliff Fournier dan pembantu Ajdiana Baiziera

Mayat enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang Sabtu kini dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

nahas-helikopter-jamaluddin-jarjis-2
Tan Sri Jamaluddin Jarjid (tengah, berbaju hijau) dan Dato Seri Azlin Alias (berbaju kelabu)

Proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa serta bedah siasat akan dijalankan di HKL.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi sudah ditamatkan kira-kira pukul 9.30 malam.

“Mayat terakhir yang dikeluarkan dari tempat helikopter itu terhempas pada pukul 8.15 malam,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu Kapten Cliff Fournier itu meletup di udara.

Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut turut dinaiki Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, seorang ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, seorang yang dikenali sebagai Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dari Sabah yang turut terkorban dalam nahas itu.

Pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Mohd Razkan Seran
Pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Mohd Razkan Seran

Sebentar tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaluddin juga Ahli Parlimen Rompin serta ahli Majlis Tertinggi Umno yang berada dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang itu terkorban bersama lima yang lain.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami