Durian Di Pasaran Tempatan Bebas Bahan Bahayakan Kesihatan

Durian Di Pasaran Tempatan Bebas Bahan Bahayakan Kesihatan

durian-siam-pewarna
BUAH durian Siam, dari Thailand telah dicelup buah ubat racun untuk tahan lebih lama.

Buah durian di pasaran tempatan, termasuk yang diimport, tidak mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.

Katanya jika pengguna berasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran tempatan, mereka boleh memaklumkannya kepada Kementerian Kesihatan.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang tersebar mengenai durian dicelup dengan bahan kimia beracun bagi memanjangkan jangka hayat serta kesegaran buah berkenaan sebelum dijual di pasaran.

Menjelas lanjut mengenai isu itu, Dr Noor Hisham berkata menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983.

Sesiapa yang disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Serangan bersenjata di sekolah Yarang, Pattani, Isteri anggota polis maut, bayi cedera,

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

[VIDEO] Api Musnahkan 22 Bot Laju di Phuket

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami