Samsung Note 5 bakal dilancarkan pertengahan Ogos 2015

Samsung Note 5 bakal dilancarkan pertengahan Ogos 2015

samsung-note-5

Syarikat elek­tronik Korea, Samsung dikhabarkan merancang untuk melancarkan phablet baharunya, Galaxy Note 5 pada pertengahan Ogos ini, lebih awal berbanding kebiasaannya pada musim luruh.

Menurut laporan portal Mashable, pelancaran lebih awal itu akan memberi kelebihan kepada Samsung sebelum pesaingnya, Apple melancarkan produk baharu dikenali sebagai iPhone 6S dan 6S Plus.

Tahun lalu, Samsung melancarkan Galaxy Note 4 dan Note Edge, hampir sama dengan tarikh pelancaran iPhone 6 dan 6 Plus menyebabkan syarikat itu kehilangan berjuta-juta potensi jualan.

Walaupun mempunyai te­lefon pintar terbaiknya iaitu Galaxy S6, namun keuntungan syarikat berkenaan telah jatuh bagi tujuh suku berturut-turut.

Kebiasaannya, Samsung akan mengumumkan pelancaran Galaxy Note baharu pada pameran perdagangan peralatan dan elektronik pengguna IFA 2015 di Berlin, Jerman pada September ini.

Galaxy Note 5 dikhabarkan mempunyai paparan AMOLED 5.7 inci dengan revolusi 2,560 x 1,440 (QuadHD) dan pempro­sesan 64-bit octa-core Exynos.

Sama seperti Galaxy S6 yang mempunyai rekaan semula kaca dan aluminium, Note 5 dilaporkan mempunyai ciri-ciri kaca pada bahagian belakang dan ditampilkan dalam warna hitam, perak dan putih.

Sementara itu, portal SamMobile melaporkan bahawa te­lefon berkenaan akan ber­operasi dengan RAM 4GB.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Yes tawar telefon Galaxy A02 berharga RM1 dengan kontrak sempena Hari Merdeka

PROMO: Samsung Galaxy S20 FE ada diskaun sehingga RM500

MESIN BASUH MELETUP: SAMSUNG TARIK BALIK 2.8 JUTA MESIN BASUH DI AS

"Padamkan Gajet Galaxy Note 7 Anda" – Samsung

Galaxy Note 7 berasap, pesawat Southwest dikosongkan

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami