BERITA11 ditahan kes gaduh rebut betina di Wangsa Maju

11 ditahan kes gaduh rebut betina di Wangsa Maju

11 ditahan kes gaduh rebut betina di Wangsa Maju

Sebelas orang berusia 16 hingga 29 tahun ditahan polis kerana terbabit dalam pergaduhan di pusat beli-belah di Wangsa Maju, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, semua mereka ditahan di Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengenai motif pergaduhan.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati abang kepada remaja perempuan yang keluar bersama kekasihnya.

“Motif sebenar masih dalam siasatan tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tidak puas hati mengenai seorang remaja perempuan.

“Lima lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.


Berita sebelum:

Lima cedera gaduh kerana perempuan

gaduh-rebut-betina-wangsa-maju-2

Lima lelaki cedera selepas terbabit dalam pergaduhan kerana seorang perempuan di pusat beli belah di Wangsa Maju, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang tadi membabitkan kumpulan remaja dari Desa Rejang dan Ulu Kelang.

Menurutnya, polis turut menahan beberapa lelaki berusia lingkungan awal 20-an yang terbabit dalam pergaduhan itu.

“Motif sebenar masih dalam siasatan tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tidak puas hati mengenai seorang remaja perempuan.

“Mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami