BERITAPukul isteri hingga mati akibat cemburu

Pukul isteri hingga mati akibat cemburu

jenayah5

Angkara cemburu, seorang penganggur memukul isterinya hingga mati dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Tun Dr Ismail, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata kejadian disedari anak mangsa berusia 17 tahun yang pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau berkata, anak mangsa menemui ibunya berusia 46 tahun dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu sebelum bergegas memberitahu makciknya yang tinggal berhampiran.

“Kira-kira jam 8 malam, wanita terbabit yang juga adik mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati suspek sebelum itu bergaduh dengan mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka. Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul sehingga mati,” katanya ketika dihubungi.

Shahrul Othman berkata, suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Polis percaya motif kejadian akibat cemburu. Suspek berusia 47 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami