Wanita rempuh bangunan pejabat, bakar diri (video) - pakdin.my

rempuh-banguna-bakar-diri

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan merempuh bangunan pejabat sebelum membakar dirinya, dalam kejadian di Bangsar South, dekat sini, pada jam 5 petang tadi.

Wanita itu dikatakan bekas pekerja sebuah syarikat di bangunan itu dan dipercayai bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan syarikat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mangsa yang melecur hampir 50 peratus keseluruhan tubuhnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Melihat kepada video ia seakan-akan cubaan membakar diri. Kejadian di banggunan Everis Bangsar South sebentar tadi.
Posted by Siakap Keli on Friday, 14 August 2015

UTAMABERITAWanita rempuh bangunan pejabat, bakar diri (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium