Isu Murtad Raja Muda: Rahim Thamby Chik Mengaku Tidak Bersalah Bawah Akta Hasutan - pakdin.my

rahim-thamby-chik-hasutan-murtad

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi atas tuduhan memfitnah Raja Muda Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Slamat Yahya

Mengikut pertuduhan Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948.

Abdul Rahim yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor melahirkan rasa dukacita, terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab Abdul Rahim yang mendakwa penukaran agama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Abdul Rahim menerusi Facebooknya pada 25 September lalu memberi komen tentang pertukaran agama Raja Muda Selangor.

Abdul Rahim yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Dusuki Mokhtar memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Datuk Fairoz Hussien meminta jumlah tawaran dikurangkan dengan alasan Abdul Rahim pernah berkhidmat sebagai

Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Slamat menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta 5 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

UTAMABERITAIsu Murtad Raja Muda: Rahim Thamby Chik Mengaku Tidak Bersalah Bawah Akta...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium