BERITAKes Culik Kajang: Empat Ditahan, Wang Tebusan Ditemui (video)

Kes Culik Kajang: Empat Ditahan, Wang Tebusan Ditemui (video)

Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang pada Jumaat.

Empat suspek termasuk seorang pemandu teksi yang menghantar mangsa pulang ke rumah, ditahan kurang 24 jam selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis turut menjumpai semula wang tebusan berjumlah RM300,000.

Kanak-kanak itu kembali ke pangkuan keluarganya selepas diculik selama lapan jam dan kehilangannya menjadi viral di laman media sosial.

Mangsa dilaporkan diculik dihadapan ibunya yang ketika itu mahu mengambil kanak-kanak itu di depan tadika di Sungai Chua, Kajang.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami