BERITAWarga Thai Tersangkut Pada Pagar Sempadan Dengan Kesan Tembakan

Warga Thai Tersangkut Pada Pagar Sempadan Dengan Kesan Tembakan

warga-thai-sangkut-pagar-sempadan

Seorang warga Thailand didapati tersangkut pada pagar kawasan sempadan Malaysia-Thailand dengan kesan tembakan pagi Selasa.
Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata lelaki terbabit kemudiannya ditahan Pasukan Gerak Am (PGA).
Beliau berkata warga asing berkenaan dilihat bersama sekumpulan tujuh atau lapan orang yang berpatah balik ke kawasan Thailand melalui pagar sempadan yang dipotong, apabila mereka terserempak dengan anggota PGA di Pos 24 kira-kira pukul 5 pagi.
“Pada masa yang sama, empat das tembakan dilepaskan dari arah Thailand.Namun kita tidak pasti tembakan itu ditujukan kepada siapa. Anggota PGA tidak membalas tembakan tersebut dan tiada anggota kita yang terkena tembakan,” katanya pada sidang media di sini, Selasa

Shafie berkata apabila keadaan menjadi tenang dan pemeriksaan dilakukan, didapati seorang lelaki tersangkut pada dawai pagar sempadan dengan kecederaan akibat tembakan di punggungnya.
Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Jitra dan kemudian ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk menjalani pembedahan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Serangan bersenjata di sekolah Yarang, Pattani, Isteri anggota polis maut, bayi cedera,

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

[VIDEO] Api Musnahkan 22 Bot Laju di Phuket

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami