BERITASebahagian besar Sarawak putus bekalan elektrik

Sebahagian besar Sarawak putus bekalan elektrik

Sarawak Energy
Sarawak Energy

KUCHING:  Kerosakan talian penyambungan penghantaran tenaga 275 kV di Oya-Selangau menyebabkan lebih separuh kawasan di Sarawak terputus bekalan elektrik sejak jam 1.31 petang tadi.  Kejadian itu membabitkan keseluruhan kawasan Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu.

Bagaimanapun, kawasan Bintulu dan Miri difahamkan tidak mengalami masalah bekalan elektrik. Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam maklum balasnya memaklumkan kerja-kerja sedang giat dijalankan dan bekalan dijangka pulih dalam tempoh dua jam.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Bandaraya Kuching mendapati kesesakan jalan raya berlaku di semua kawasan kerana kejadian itu berlaku ketika ramai pengguna kenderaan dalam perjalanan balik ke pejabat selepas rehat tengah hari. ⚡

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami