Adakah Tony Pua secara sengaja cuba menyebabkan dirinya tersingkir sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan terus melakukan tuduhan berterusan terhadap 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)?.
Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen (Gerakan) Simpang Renggam, Liang Teck Meng susulan tindakan ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu yang berikrar menerusi laman Facebooknya pada Jumaat untuk kononnya “mendedahkan penyangak yang melakukan penipuan berbilion ringgit di sebalik 1MDB yang telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit duit pembayar cukai malah meruntuhkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan mata wang”.
“Dengan secara harfiah mengemis untuk penggantungan, lebih awal daripada penemuan akhir siasatan PAC dalam 1MDB, adakah dia (Pua) mahu meramalkan penemuan siasatan, lalu kemudian supaya dikatakan menjadi mangsa dalam usaha membina persepsi umum bahawa dia telah disekat secara tidak adil dari ‘menemui kebenaran dan mendedahkan penyangak?
“Ia seolah-olah tidak ada keperluan untuk fakta yang betul dan berasaskan bukti pertanyaan lagi kerana ahli tertentu ini (Pua) telah pun membuat penghakiman sendiri, yang bertentangan dengan apa yang telah dibentangkan di dalam PAC setakat ini, yang berdasarkan kepada sejumlah besar dokumen, bukti dan kesaksian.
“Tiada seorang pun yang waras akan bersikap prejudis dan menjatuhkan maruah diri dan PAC dalam cara sedemikian kecuali individu terbabit mempunyai agenda politik tersembunyi yang tidak berdasarkan kebenaran atau bukti fakta,” soal Liang yang juga ahli PAC menerusi laman Facebooknya.
Pua menerusi kenyataan pada Jumaat mendakwa pengurangan hutang 1MDB adalah hasil tindakan menyelamat (bailout) kerajaan dan pembayar cukai dan bukan sebarang strategi perniagaan sekaligus mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa tempoh buruk 1MDB sudah berlalu.
Pada Khamis, Perdana Menteri berkata, beliau sudah memenuhi janjinya untuk menyelesaikan isu-isu 1MDB dalam tempoh enam bulan, selepas firma itu menjual 60 peratus pegangan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd dan Iskandar Waterfront Holdings dengan harga RM7.4 bilion.