Saturday, December 21, 2024

Saya Terhutang Segala-galanya Kepada Tun Razak – Dr Mahathir

tun razak-mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat pada hari perdana menteri kedua negara Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976 dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan peribadi untuk dirinya.

Dr Mahathir, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, berkata beliau sudah tentu berasa amat sedih kerana beliau terhutang segala-galanya kepada Tun Razak.

Beliau mengimbas kembali pemecatannya dari UMNO dan bahawa orang yang dipecat sebelum beliau tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO tetapi kemudian melantik saya sebagai menteri penuh. Saya digambarkan sebagai anak emas Tun,” kata Dr Mahathir menerusi catatan dalam blognya.

Beliau memuji Tun Razak kerana memisahkan diri dari tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan ketika angin perubahan bertiup kencang.

Dr Mahathir berkata beliau tidak tahan berasa sedih tatkala menonton rancangan dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman Tun Razak yang menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Tun Razak meninggal dunia pada 14 Jan, 1976 di London ketika berusia 53 tahun.

“Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata sebagai seorang doktor, beliau perhatikan bahawa pada awal lagi kesihatan Tun Razak semakin merosot.

“Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum beliau berlepas ke United Kingdom, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa beliau menghidap leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktornya, Dr Macpherson.

“Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh keredaan sementara penyakit atau kesakitan akan menjadi pendek dan lebih pendek. Saya tetap terkejut apabila mendengar beliau telah meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata Tun Razak mungkin dapat melakukan perbezaan sebenar terhadap masa depan negara yang diperjuangkannya selama ini.

“Bagi saya kehilangannya adalah peribadi. Tun Hussein (Onn) yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir karier saya.

“Tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik bagi saya kepada Tun Hussien,” kata beliau.

Berkaitan

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

KEHIDUPAN

Tumbler: Trend, gaya hidup, kesihatan dan mesra alam

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…