Friday, December 20, 2024

Pengurangan Caruman KWSP Pekerja Akan Rangsang Permintaan Domestik – Zeti

zeti-aziz-offahore

Pengurangan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan merangsang permintaan domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata permintaan domestik telah menjadi pemacu ekonomi negara semasa kelembapan ekonomi sebelum ini dan tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan telah mendapati permintaan domestik menyederhana dan langkah mengurangkan caruman pekerja kepada KWSP akan menggalakkan perbelanjaan domestik.

“Apa yang kerajaan lakukan adalah meletakkan wang di tangan pengguna. Ia dilakukan melalui cara ini (pengurangan caruman KWSP),” katanya semasa forum mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, Khamis.

Zeti berkata kerajaan, bagaimanapun, menyedari kepentingan simpanan bagi persaraan, oleh itu, langkah yang diambil tersebut hanya bagi tempoh sementara iaitu dari Mac tahun ini hingga Disember 2017.

“Langkah itu adalah sementara, hanya pada tahun ini dan tahun hadapan untuk menyokong ekonomi,” katanya.

Semasa pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kerajaan bersetuju mengurangkan caruman pekerja kepada KWSP sebanyak tiga peratus yang dijangka akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sebanyak RM8 bilion setahun.

Bagaimanapun, caruman majikan kepada institusi itu kekal seperti sedia ada.

Berkaitan

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

DUNIA

Ribuan penduduk kepulauan Lautan Hindi maut; Taufan Chido paling dahsyat dalam...

DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan...

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…