BERITAVideo: Angkara cemburu, suami maut ditikam isteri

Video: Angkara cemburu, suami maut ditikam isteri

MARAN: Akibat cemburu buta, seorang lelaki maut ditikam isteri selepas pasangan itu bertengkar di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu jam 8 pagi, mangsa, Awang A/L Muhamad, 42, berasal dari Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, berkata siasatan awal mendapati, anak mangsa berusia 20 tahun terdengar mangsa dan suspek sedang bertengkar sebelum bergegas ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang berlaku.

“Anak tiri mangsa sempat melihat suspek iaitu ibu tirinya berusia 33 tahun menikam perut mangsa sebanyak dua kali di dalam bilik tidur,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama, anak mangsa membawa adik lelakinya berusia 11 bulan ke rumah saudara yang tinggal berhampiran bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sejurus mendapat maklumat menahan suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat.

Mat Rizal berkata, polis menahan reman suspek selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami