RIYADH – Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.
Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua siri serangan terdahulu di Qatif dan Jeddah yang berlaku juga pada hari Isnin, waktu tempatan.