Jutaan jamaah haji, tak terkecuali jamaah haji dari Malaysia sudah mulai bergerak menuju padang Arafah. Suasana Masjidil Haram yang kemarin sesak menjadi sepi dan lengang.
Hanya ratusan jamaah saja yang berada Masjidil Haram ketika solat Ashar berjamaah, suasana di setiap sudut Masjidil Haram kelihatan sepi.
Foto diatas saya ambil setelah solat Ashar. Jamaah haji kebanyakannya sudah bergerak menuju Arafah pada Sabtu (10/9/2016).
Para jamaah akan ditempatkan sekitar maktab di Arafah. Setiap Maktab nanti akan diisi oleh sekitar 3.000 orang jamaah haji.
Wukuf di Arafah baru akan berlangsung pada Ahad (11/9) selepas dzuhur. Selepas itu para jamaah haji akan bergerak menuju ke Muzdalifah dan ke Mina untuk melontar jumrah.