MAKKAH: Ibadat Haji tahun ini mencapai kemuncak hari ini selepas jemaah dari seluruh dunia berkumpul di kawasan bukit berbatu di Arafah, Arab Saudi.
Lebih 1.8 juta jemaah berkumpul sejak terbit matahari di kawasan berbukit itu dan kawasan lapang luas di sekelilingnya dikenali sebagai Bukit Arafah, kira-kira 15 kilometer dari Makkah.
Di Arafah mereka akan menghabiskan hari paling penting dalam ibadat haji itu dengan berdoa dan membaca Al-Quran.
Arafah adalah lokasi Nabi Muhammad S.A.W memberikan khutbah terakhir kira-kira 14 kurun yang lalu selepas mengetuai pengikutnya menunaikan haji.