Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

'AZMIN TIDAK MEMAHAMI PERJANJIAN' PENGAMBILALIHAN SPLASH - pakdin.my

Dalam temu bual eksklusif dengan ‘New Sunday Times’, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkongsi mengenai perjanjian yang dibuat di antara kerajaan negeri dan Syarikat Pengeluar Air Selangor atau Splash, untuk ‘deprivatise’ syarikat konsesi air itu.

New Straits Times

Soalan: Bolehkah Tan Sri menjelaskan keadaan mengenai tawaran untuk mengambil alih ekuiti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), dan bagaimana dakwaan-dakwaan ini timbul?

Jawab: Ketika masa saya, Kerajaan Negeri telah membuat empat tawaran kepada empat syarikat konsesi air – Splash, Abass (Syarikat Konsortium Abass Sdn Bhd), Puncak Niaga dan Syabas. Dua telah dibuat pada tahun 2009, satu pada tahun 2011 dan yang terakhir telah dibuat pada Februari 2013. Jumlah tawaran untuk empat syarikat konsesi itu pada tahun 2013 adalah RM9.65 bilion.

Splash telah menolak tiga yang pertama sebelum perjanjian telah dicapai pada Februari 2013. Ya, satu tawaran sebanyak RM2.975 bilion telah dibuat kepada Splash yang dikeluarkan pada 25 Jun 2009. Ini adalah tawaran kedua. Tetapi apa yang rakyat perlu tahu ialah bahawa tawaran itu mengambil kira ekuiti, liabiliti dan aset Splash, dan bukan hanya ekuiti saja.

Anda perlu faham bahawa asas pada tahun 2009 adalah berbeza dengan yang pada tahun 2013. Dan, pada masa itu, hanya Splash dan Abass sahaja yang bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan kepada mereka, manakala Puncak Niaga dan Syabas tidak bersetuju dengannya. Perjanjian itu tidak dapat diteruskan kerana Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mempunyai prinsip “semua atau tiada langsung”. Jadi, dalam tawaran 20 Feb 2013, daripada RM9.56 bilion, RM1.584 bilion telah ditawarkan kepada Splash sebagai liabiliti dan hanya RM250.6 juta telah ditawarkan sebagai pengambilalihan ekuiti, dan bukannya RM2.975 bilion seperti yang (Menteri Besar Selangor ) Datuk Seri Azmin Ali dakwakan.

Ianya seolah-olah beliau menggunakan jumlah RM2.975 bilion itu untuk mewajarkan tawaran ekuitinya yang bernilai RM2.7 bilion. Beliau tidak sepatutnya berbuat sedemikian, kerana itu akan bermakna bahawa kerajaan negeri sebenarnya menawarkan Splash sejumlah RM4.2 bilion. Beliau tidak boleh sekadar menyerahkan surat yang menunjukkan angka itu dan mengatakan bahawa ianya adalah tawaran yang sebenar. Mungkin, inilah bagaimana pengalaman dalam perbankan korporat dan perdagangan akan membantu (beliau). Malangnya, beliau tidak menggunakannya.

Soalan: Tetapi, Azmin berkata bahawa beliau mempunyai bukti untuk membuktikan bahawa Tan Sri menawarkan RM2.975 bilion.

Jawapan: Ya, beliau mempunyai surat tawaran berjumlah RM2.975 bilion bertarikh Jun 2009 itu. Tetapi “bukti” itu tidak membuktikan bahawa jumlah itu hanya ditawarkan untuk ekuiti. Azmin tidak memahami sebab di sebaliknya. Beliau tidak membaca surat itu dengan teliti untuk memahami bahawa struktur tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2009 berbeza dengan struktur pada tahun 2013. Beliau menggunakan angka itu tanpa menjelaskan maksud angka itu. Jika beliau telah memahami struktur itu, maka beliau akan tahu bahawa ia tidak sama.

Ini bukan satu permainan yang mudah seperti menjual nasi lemak.

Soalan: Jadi, di manakah salah Azmin? Adakah Tan Sri mengatakan bahawa beliau tidak meneliti dokumen-dokumen tersebut?

Jawapan: Beliau sepatutnya membaca Kertas Putih yang memperincikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jika beliau telah membacanya, beliau akan faham. Sebagai MB, beliau juga sepatutnya mendapat penasihat untuk berurusan dengan urus niaga besar seperti ini. Beliau tidak (meneliti semua dokumen) dan memahami perbezaan tawaran.

Soalan: Tetapi bukankah beliau sepatutnya tahu semua ini, Tan Sri?

Jawapan: Mungkin (pengalamannya) tidak banyak mengajarnya semasa beliau baru mula bekerja dahulu. Mungkin beliau hanya melakukan kerja-kerja perkeranian, bukannya mereka bentuk, menyusun strategi, atau apa-apa yang berkaitan dengan (hal ehwal) kewangan. Ini adalah satu perdebatan sangat berbentuk perkeranian.

Soalan: Mengapa Tan Sri bersuara sekarang ini?

Jawapan: Saya amat bimbang. Jika kerajaan negeri terus menawarkan RM2.7 bilion kepada Splash untuk pengambilalihan ekuiti, jumlah itu adalah 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan kepada syarikat itu pada tahun 2013. Ia (kerajaan negeri) akan perlu kembali kepada Dewan Undangan Negeri untuk mengatakan bahawa terdapat tambahan RM2 bilion yang perlu dibayar. Jika negeri itu berkata ia akan membayarnya, jumlah itu akan diambil daripada rizab negeri ini dan anda akan perlu untuk bertanya kepada rakyat Selangor sama ada ia adalah adil untuk menggunakannya.

Selain itu, Azmin cuba untuk menuding jari kepada saya dengan mengatakan bahawa tawarannya sebanyak RM2.7 bilion adalah lebih rendah daripada apa yang saya kononnya tawarkan.

Soalan: Dengan Azmin membuat dakwaan-dakwaan ini ke atas Tan Sri, adakah Tan Sri melihat apa-apa unsur politik di sebaliknya?

Jawapan: Apa pun sebab di sebalik perbuatan beliau, saya tidak peduli. Selagi rakyat Selangor tidak perlu menanggungnya, beliau boleh menyalahkan politik, (Donald) Trump atau apa sahaja. Surat pada tahun 2009 dan RM2.9 bilion itu tidak boleh digunakan kerana seluruh tawaran itu telah ditolak. Itulah kesilapan beliau. Beliau tidak boleh sesuka hati menggunakan angka.

Soalan: Adakah Tan Sri bersedia untuk bertemu dengan Azmin secara peribadi untuk menjelaskannya?

Jawapan: Tidak, tidak secara peribadi. Tetapi di persidangan Dewan Undangan Negeri, ya. Saya tidak melihat keperluan untuk bertemu dengannya secara peribadi. Untuk apa? Untuk mengajarnya? Saya rasa ia sudah agak terlambat untuk itu. Beliau seorang menteri besar, beliau sepatutnya menerima nasihat yang baik.

Soalan: Adakah Tan Sri telah berkata apa-apa di Dewan Undangan Negeri untuk menangkis dakwaannya, dan adakah Tan Sri fikir Tan Sri akan mendapat peluang?

Jawapan: Saya mahu pergi ke Dewan Undangan Negeri untuk menjelaskannya, tetapi speaker enggan untuk memberikan saya peluang untuk menjelaskan. Dan jikalau pun saya bersuara, wakil rakyat lain yang turut hadir hanya akan menjerit “Tipu, tipu”. Bagi saya, lebih banyak yang mereka fahami mengenai apa yang sedang berlaku, lebih banyak yang akan mereka bimbangkan mengenainya. Oleh itu, saya berharap bahawa saya akan mendapat peluang tersebut.

Soalan: Tan Sri telah menghantar surat terbuka kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara ini, yang telah pun disebarkan secara umum. Mengapa Tan Sri menghantarnya?

Jawapan: Kerana orang yang membuat kenyataan itu di Dewan Undangan Negeri adalah seorang Exco Pas – Zaidy Abdul Talib. Jika Pas tidak tahu apa yang sedang berlaku, ia tidak adil kepada Pas, dan orang ramai mempercayai Pas kerana pegangan mereka kepada “amanah”, dan bahawa mereka “takut buat dosa”. Dan dengan wakil Pas membuat kenyataan itu, saya merasakan perlu untuk menjelaskannya melalui surat yang saya hantar pada pagi Rabu itu. Ia disebarkan kepada umum pada petangnya.

Soalan: Adakah terdapat sebarang maklum balas daripada Pas?

Jawapan: Ya, seorang pemimpin Pemuda Pas dari Selangor telah bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan, mempersoalkan peningkatan sebanyak lebih RM2.4 bilion dalam tawaran kepada Splash untuk pengambilalihan ekuiti, dan berharap agar kerajaan Selangor di bawah pimpinan Azmin dapat menyelesaikan perkara itu tanpa membebankan rakyat.

Soalan: Sudah lebih dua tahun sejak Tan Sri didesak secara umum untuk meletak jawatan sebagai MB, dan sejak itu, banyak perkara telah berlaku di Selangor. Bagaimana kehidupan Tan Sri sekarang ini?

Jawapan: Saya amat gembira. Semasa saya menjadi MB, saya bekerja dengan penuh tanggungjawab dan sangat serius sehinggakan kadang-kadang, tahap tekanan saya sangat tinggi. Tetapi sekarang, saya tidak mempunyai masalah seperti itu lagi. Saya masih mempunyai banyak kerja penasihat antarabangsa lain. Saya masih ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Port Klang.

Kehidupan saya sangat sibuk kerana kerap ke luar negara dan juga persidangan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Begitu sibuk sehinggakan saya terpaksa menolak tugasan luar negara untuk mengajar di universiti-universiti antarabangsa.

Soalan: Bagaimana pula dengan kesihatan Tan Sri?

Jawab: Baik, Alhamdulillah. Ketika saya masih MB, saya telah didiagnosis dengan diabetes Type 2. Tetapi sekarang, saya tidak perlu langsung untuk mengambil pil diabetes dan insulin. Tahap tekanan saya mesti begitu tinggi ketika itu.

Soalan: Sebagai seorang ahli parlimen bebas, apa yang Tan Sri boleh ulaskan mengenai parti lama Tan Sri, PKR dan Pakatan Harapan?

Jawapan: Tidak ada keseragaman dalam objektif dan visi. Saya rasa peluang untuk menjadi satu kumpulan yang kukuh tidak mungkin berlaku. Saya juga rasa dengan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia akan mewujudkan lebih banyak kekeliruan. Anda harus ingat bahawa orang ramai, semasa membuat pilihan, mereka akan memilih parti yang mereka faham, bukan parti yang mengelirukan mereka.

PKR pula cuba untuk ‘mencium pipi semua orang’, dengan mengharapkan akan adanya perpaduan antara pakatan pembangkang. Malangnya, Pas telah menyatakan dengan jelas siapa yang mereka sanggup untuk bekerja dengan. Parti pembangkang terus bersepakat antara satu sama lain dan pada masa yang sama, menyalahkan antara satu sama lain … dan ia akan terus menjadi seperti itu.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/azmin-did-not-appreciate-deal/

20161110-azmin-khalid-splash

3cc2a-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252812529-725627

4a6d2-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252822529-727014e9966-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252832529-727875fc88f-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252842529-7289209bce4-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252852529-729812acb11-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252862529-73070295b95-20161110-surat-khalid-ibrahim-hadi-splash2b252872529-731627

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

EPL: Salah selamatkan maruah Liverpool

Liverpool terus berpaksikan kepada kualiti Mohamed Salah yang menyumbangkan dua gol untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas Southampton di Stadium St Mary.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla

Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.

Thailand mencatatkan lebih 30 juta pelancong asing sehingga pertengahan November menjana RM183.6 bilion

Thailand merekodkan lebih 30.56 juta pelancong asing sehingga pertengahan November, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, di landasan untuk memenuhi sasaran setahun penuh 36.7 juta pelancong asing, menurut data rasmi pada hari Selasa 19 November 2024.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Ada 2 biji pil kuda sudah kira pengedar dadah di Thailand

Individu yang memiliki lebih daripada sebiji pil kuda semasa tangkapan dijalankan sudah dikira sebagai pengedar dadah mengikut undang-undang di Thailand.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

Serangan bom motosikal mencederakan lima pegawai polis di Pattani

Serangan letupan menyasarkan trak polis di Pattani semalam, mencederakan lima pegawai apabila bom yang dipasang pada motosikal diletupkan dari jauh. Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang, 14 November, berhampiran Jambatan Tanyong Dalo di daerah Yaring.

Harga kelapa membuka banyak peluang untuk petani di Trang

Petani kelapa di wilayah Trang, Thailand meraikannya apabila harga melambung tinggi, harga kelapa kini mencecah sehingga 20 baht (RM2.55) sebiji, kenaikan berganda berbanding harga sebelumnya. Peralihan pasaran yang lumayan ini menjanjikan pendapatan melebihi 30,000 baht (RM3,832.09) bagi 1 hektar, menarik minat daripada peniaga yang ingin membeli keseluruhan ladang.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: