Harga yang ditunjukkan dalam tweet ini adalah harga sebelum tahun 2014. Sejak itu, SEMUA negara di sini telah menaikkan harga petrol kerana mereka mahu mengurangkan subsidi. Kesemua negara ini komited untuk mengapung sepenuhnya harga minyak mereka seperti Malaysia dan UAE.
UAE telah mengapungkan harga petrol mereka pada bulan Julai 2015 dan kini berharga sma dengan Malaysia:
http://www.emirates247.com/news/emirates/uae-s-new-petrol-price-effective-saturday-announced-2015-07-28-1.598336
Bahrain menaikkan harga petrol mereka sebanyak 60% pada Januari 2016:
http://news4.bahraini.me/bahrain-raises-fuel-prices-by-up-to-60-37907/
Qatar melaksanakan kenaikan 30% pada Januari 2016:
http://gulfnews.com/business/sectors/energy/30-spike-in-qatar-petrol-prices-from-friday-1.1654059
Kuwait mencatatkan kenaikan 80% pada bulan Ogos 2016:
https://www.rt.com/business/354252-kuwait-petrol-prices-up/
Harga di Libya juga meningkat tetapi berita sukar diketahui kerana negara ini masih berperang dengan ISIS.
Saudi meningkatkan harga petrolnya sebanyak 40% pada bulan Disember 2015:
http://www.aljazeera.com/news/2015/12/saudi-arabia-hikes-petrol-prices-40-pump-151228154350415.html
Saudi komited untuk meningkatkan harga mereka sebanyak 80% tidak lama lagi: http://saudigazette.com.sa/article/517710/SAUDI-ARABIA/gas-prices
Iran menaikkan harga sebanyak 75% pada bulan April 2014:
http://www.bbc.com/news/world-middle-east-27152960
dan kemudian meningkatkan lagi sebanyak 40% pada bulan Mei 2015:
https://www.bloomberg.com/news/articles/2015-05-25/iran-raises-fuel-prices-by-40-percent-in-bid-to-boost-revenue
Nigeria menaikkan harga minyaknya hampir 60% pada bulan Mei 2016
https://www.vanguardngr.com/2016/05/breaking-fg-removes-subsidy-petrol-to-sell-for-145ltr/
Turkmenistan membatalkan petrol percuma 120liter sebulan kepada rakyatnya dan menaikkan harga petrol 1,100% pada bulan April 2014:
http://caspianbarrel.org/az/2014/04/turkmenistan-president-cancels-free-petrol/
Sejak itu, Turkmenistan secara beransur-ansur memotong subsidi dan menaikkan harga petrol mereka:
https://jamestown.org/program/turkmenistan-considers-eliminating-generous-energy-and-utilities-subsidies-for-citizens/
Walaupun Venezuela menaikkan harga petrol sebanyak 6,000% pada Februari 2016, harga petrol masih murah di sana tetapi ia tidak ad gunanya kerana kekurangan bekalan dan negara menuju kearah muflis:
http://www.bbc.com/news/av/world-latin-america-35607545/petrol-price-hike-in-venezuela-by-over-6000
Untuk harga terkini petrol negara-negara difunia sila lihat sini:
http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/
ang disebut pada twitter beliau adalah merupakan negara OPEC yang keluaran minyaknya menjangkai jutaan tong sehari berbanding malaysia yang merupakan negara PENGIMPORT bersuh petrol.
Malaysia Sekarang Negara Pengimport Minyak Bersih – Bukan Pengeluar
https://pakdin.my/malaysia-sekarang-negara-pengimport-minyak-bersih-bukan-pengeluar/
**************
Rujukan:
twitter Nur fathia Latiff @fatiyalatiff