Rakaman video yang menunjukkan beberapa anggota keselamatan sedang menghalau penarik beca di Melaka hari ini menjadi tular.
Rakaman video amatur itu dirakam sendiri oleh seorang penarik beca yang dengan beraninya mempersoalkan mengapa mereka dihalau dari jalan yang mereka biasa gunakan untuk membawa pelancong.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Bandar Hilir, Melaka itu menunjukkan beberapa orang anggota keselamatan sedang menghalau semua penarik beca yang sedang mencari rezeki halal di jalan itu.
Mereka dimaklumkan jalan itu akan dilalui oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk menghadiri satu program yang kebetulan diadakan di lokasi yang berdekatan.
Mendengarkan alasan yang diberikan oleh anggota keselamatan itu, penarik beca dengan merasa kesal membandingkan perkara ini tidak pernah berlaku ketika waktu pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
“Ketua Menteri pakai kereta kebal ke sampai jalan macam tu besar tak boleh lalu?
“Dulu Ali Rustam jadi KM 20 tahun, tak pernah dia halau penarik beca kalau dia nak lalu.
“Tengok ni Ketua Menteri Baru. Kalah la Ketua Menteri lama. Ketua Menteri lama pun takde halau orang beca cari makan.
“Tengok, Najib pun dulu takde sampai macam ni la.
“Exco Pelancongan tadi datang nampak orang beca, tiba-tiba polis datang, polis halau orang beca. Siapa punya arahan kalau bukan orang politik?
“Exco Pelancongan dengan Ketua Menteri. Dia halau orang beca macam binatang.
“Tengok sekarang ni orang beca bawak keluarga datang Melaka nak melancong nak jalan-jalan tapi dia paksa orang beca lalu kat jalan bahaya yang banyak kereta, so orang beca nak lalu mana?
“Tengok dengan bas dengan kereta, orang bawak anak bini. Tengok KERAjaan baru. Ni semua Ketua Menteri punya arahan dengan Exco Pelancongan.” rungut penarik beca itu sambil merakam kereta Ketua Menteri yang melalui jalan yang dimaksudkan.
Disebabkan tidak berpuas hati dihalau, penarik beca itu pergi mencari Ketua Menteri Melaka di program yang dimaksudkan.
Dari rakaman video dapat diperhatikan penarik beca itu berjaya menemui Adly dan terus meminta penjelasan mengapa penarik beca dihalau tetapi tidak diendahkan oleh Ketua Menteri Melaka yang dikaitkan dengan fahaman Syiah itu.
Selepas itu penarik beca itu terus dihalang oleh pegawainya dari mendekati Adly.
Warganet mengecam tindakan Ketua Menteri Melaka yang menghalau penarik beca hanya semata-mata mereka hendak lalu di jalan yang sama digunakan oleh penarik beca.
Sebelum ini media melaporkan pendapatan dari menarik beca yang tidak seberapa itu terjejas sejak kerajaan di tadbir oleh Pakatan Harapan (PH) berikutan rakyat mengambil langkah berjimat dengan mengurangkan melancong akibat dari ekonomi yang merundum.
LIHAT video: https://youtu.be/jkC3xcl8_pg