BERITAPOLITIKTidak ada negara dunia panggil Malaysia negara kleptokrat

Tidak ada negara dunia panggil Malaysia negara kleptokrat

Saya nak pesan kepada Syed Saddiq untuk pilih perkataan dengan hati-hati.

Pertama, tak ada negara dalam dunia ini yang pernah panggil Malaysia negara kleptokrat. Yang pernah kata cuma Peguam Negara US Jeff Sessions dan dia cuma sebut 1MDB itu kleptokrat / diperguna kleptokrat. Dia tak kata kat Malaysia

Nak bagitahu Jeff Sessions ni bekas Senator Republican dan dia ni banyak kontroversi. Senator2 Demokrat pernah desak dia letak jawatan sebagai Peguam Negara sebab kantoi menipu dalam proceeding berkenaan hubungan Russia – Trump [1]. Dia bergaduh dengan FBI sampai Trump sendiri serabut dan pernah panggil dia sebagai ‘mentally retarded’ [2] [3]

Dia akhirnya kena pecat [4]

Kalau orang yang ‘mentally retarded’ pun tak pernah kata Malaysia ni kleptokrasi, dunia mana yang kata begitu dik? Dunia bunian ke dunia Sarawak Report?

Kedua, kalau betul TMJ ni gagal majukan FAM, awak jadi Menteri Sukan setahun ni dah berapa piala kita dapat? Ke awak consider panggil mamat BTS K-Pop tu kejayaan besar Kementerian Belia dan Sukan?

Pilih perkataan awak elok-elok dik. Hayat politik ni tak lama. Hayat Atok pun tak lama. Bodek biar fikir panjang. Bergaduh dengan raja ni tak untung sampai bila-bila.

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

Rujukan:

[1] https://www.washingtonpost.com/news/powerpost/wp/2017/03/02/democrats-call-for-sessionss-resignation-and-a-special-prosecutor-on-alleged-trump-russia-ties/

[2] https://m.huffpost.com/us/entry/us_5c662232e4b01757c369e06c

[3] https://www.businessinsider.com/trump-calls-jeff-sessions-mentally-retarded-dumb-southerner-dear-bob-woodward-2018-9

[4] https://www.bbc.com/news/world-us-canada-46132348

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami