KOTA KINABALU: Dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut sewaktu menyelam akibat terkena bom ikan di Semporna, semalam.
“kejadian berlaku pada 5.50 petang 5 Julai 2019 di Semporna ini sangat menyedihkan kami kerana ia melibatkan pengeboman ikan secara haram yang menyebabkan kematian kepada pelancong dan jurulatih selaman warga tempatan.
Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu mengenai mengenai kejadian ini.
Kejadian berlaku di luar kawasan Taman Marin Tun Sakaran.
Sementara itu pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Polis Marin dan Jabatan Perikanan digesa mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pengeboman ikan.
Diharapkan penalti yang lebih berat harus dikuatkuasakan oleh pegawai penguat kuasa bagi mengelak kejadian tidak berulang.
Hari ini Polis telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kematian tiga lelaki termasuk dua pelancong China di Pulau Kalapuan dekat sini, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita menahan pemandu bot dan pembantunya untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, kita percaya mereka yang maut adalah disebabkan bom ikan, namun hasil keterangan daripada beberapa individu termasuk pelancong China yang berada di kawasan berhampiran, mereka tidak mendengar bunyi letupan bom,” katanya.
Dalam kejadian itu, Zainal Abdun, 31, bersama dua lagi pelancong dikenali sebagai Zhao Zheng dan Xu Yingjie ditemukan maut ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Kalapuan semalam. – Bernama