Apabila Menteri Perpaduan bertukar menjadi Menteri Perpecahan

Suhu atmosfera politik tanah air luar biasa panas kebelakangan ini walaupun musim tengkujuh sudah mula melanda. Ia berikutan daripada isu ICERD yang ditentang keras oleh masyarakat Melayu-Muslim dan golongan bumiputera.

- Advertisement -

Umum mengetahui, Kerajaan PH hari ini didominasi oleh kelompok bukan Muslim kerana bilangan Ahli Parlimen Muslim dalam PH hanyalah 58 orang berbanding Ahli Parlimen Bukan Muslim seramai 66 orang.

Antara kesilapan besar dalam pembentukan Kabinet PH ialah apabila Perdana Menteri melantik Senator P. Waytha Moorthy sebagai Menteri melalui pintu belakang.

Dia tidak pun dipilih oleh rakyat  pada PRU 14 yang lalu.

Waytha Moorthy merupakan pengasas dan pemimpin utama Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang merupakan kumpulan ekstrem menuntut hak penganut Hindu yang kononnya ditindas oleh kelompok Muslim di Malaysia.

Sebagai penghargaan kepada HINDRAF kerana membantu PH memperoleh sokongan undi masyarakat India maka P. Waytha Moorthy dianugerahkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Pemimpin HINDRAF yang kerjanya menghasut perpecahan rakyat dilantik sebagai Menteri untuk agenda perpaduan, sungguh melucukan bukan Kabinet PH ini.?

Sepertimana PH melantik Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh Wilayah KL sebagai Menteri Industri Utama untuk menjaga hal ehwal penoreh getah, pekebun dan peladang sawit.

Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha Moorthy berucap dalam perasmian penutup Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: ” Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD” anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS).

Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan”.

Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto ketika berucap di Parlimen pada 15 Oktober 2018 turut menggesa Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD ini.

Antara kenyataan pertama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah setelah dilantik sebagai Menteri ialah pada 02 Julai 2018 juga ada menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu meratifikasikan kesemua baki 6 konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangani.

Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH kononnya PAS dan UMNO memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik adalah tidak benar kerana yang mula menuntut dan berjanji ICERD ini diratifikasikan ialah pemimpin PH sendiri.

Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan.

PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.

PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.

PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.

PAN pula tengah pening lalat, Presiden senyap sepi, Timbalan Presiden menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang ICERD.

DAP antara pendokong tegar ICERD ini, lihat sahaja kenyataan rasmi di portal Roketkini yang bertajuk “DAP harus sokong ICERD” sepertimana yang terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.

Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan menjadi kecoh apabila tiba giliran Senator P. Waytha Moorthy menyampaikan ucapan penggulungan belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu perpaduan.

Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.

Waytha Moorthy mengubah pula kenyataan yang dahulunya dia berkata Kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kepada sesi konsultasi akan bermula pada tempoh tersebut.

Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4 Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation) perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.

Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan mengusik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan suatu hari nanti kerana pihak antarabangsa pasti mendesak ianya dihapuskan seiring dengan matlamat utama ICERD?

Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal menjawab persoalan asas ini sehingga dia sendiri gagal meneruskan sesi penggulungan akibat asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen Pembangkang.

Yang anehnya apabila kita dapat lihat tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Kerajaan PH  yang berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang terkapai-kapai keseorangan menghadapi serangan demi serangan Pembangkang.

Benar apa yang dikata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini sudah hilang kelayakan untuk menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu digalas oleh Perdana Menteri sendiri.

Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap Menteri PH ini agar dia sedar dan insaf bahawa apa yang dia pernah sebut dalam rakaman video yang sedang hangat tersebar itu adalah suatu fitnah jahat dan pengkhianatan kepada negara Malaysia yang menganugerahkan kewarganegaraan kepadanya.

Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini akan berundur sepertimana yang dia pernah lakukan ketika bergelar Timbalan Menteri pada zaman BN dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10 Februari 2014.

Seandainya PM sedar akan kemarahan rakyat yang sedang meluap sekarang, sepatutnya  sudah tiba masanya P. Waytha Moorthy ini digugurkan terus daripada jawatan menteri.

Lagipun dia bukannya dipilih oleh rakyat pada PRU 14 lepas.

https://pakdin.my/tag/icerd

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. Bila dah gagal menteri perpaduan jadi menteri perpecahan. Tu sbb kerajaan Ph jangan lantik jawatan menteri sebarangan. Rakyat dapat melihat individu yg langsung tak layak dilantik jadimenteri seperti mujahit syaid sadiq dan beberapa lagi individu lain. Mererka ini yg sebabkan kerajaan Ph ditolak rakyat seperti bn umno. Bertindak singkir atau rakyat akan terus melihat kepincangan dan kelemahan kerajaan.

Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Ahmad Maslan: PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’

Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan...

[Video] Ahmad Maslan: PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’

Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan...

Jurgen Klopp mahu kembali ke Jerman, beri bayangan bila tinggalkan Liverpool

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa beliau merancang untuk kembali ke Jerman apabila kontraknya tamat dalam empat tahun. Pengurus itu menandatangani perjanjian baharu dengan The...

Laporan audit: 28 makanan kering luput lebih 1 tahun dibekal ke sekolah berasrama

Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana menteri susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan ekoran perletakan jawatan Dr...

Individu hina tulisan Jawi tak layak jadi warganegara Malaysia

Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan – tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara. Pengerusi...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.