📷 Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS selesai diagih ke 31 kawasan terjejas #pakdin.my

Misi bantuan bencana Barisan Nasional bersama BNCOMMS selesai diagihkan ke 31 kawasan yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini.

Penyelaras Bantuan Bencana BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata bantuan yang disampaikan bukan sahaja dari segi keperluan asas, malah bantuan daripada segi perubatan juga disediakan.

“Kita (Barisan Nasional dan BNCOMMS) telah turun padang dan serah bantuan keperluan asas kepada 31 lokasi kawasan banjir yang dikenalpasti.

“Selain itu bantuan dari segi perubatan juga dilaksana hasil kerjasama dengan pasukan Medisena Care dan Optimum Malaysia,” katanya kepada BNCOMMS pada Selasa.

Terdahulu, Barisan Nasional melancarkan Misi Bantuan Perubatan Bencana Banjir yang dikenali sebagai ‘Team Medic BN’ dengan kerjasama Medisena Care dan Optimum Malaysia.

Menurut Pengerusi Medisena Care yang juga EXCO Puteri UMNO Malaysia Dr Masliha Harun, Team Medic BN memberikan bantuan perubatan dan merawat individu yang memerlukan di PPS terlibat.

Sebagai rekod, Barisan Nasional telah melaksanakan penyampaian bantuan kepada 7 bahagian UMNO Pahang yang terlibat dengan musibah banjir pada minggu ini.

Antaranya adalah UMNO Bahagian Kuantan, UMNO Bahagian Indera Mahkota, UMNO Bahagian Pekan, UMNO Bahagian Maran, dan berakhir di UMNO Bahagian Kuala Krau.

Original Article

Berkaitan