Belajar daripada PAS - pakdin.my

Seorang pimpinan pusat PPBM keluarkan kenyataan semalam. Katanya UMNO perlu berkorban demi keutuhan Perikatan Nasional dan semua parti dalam PN akan sama taraf supaya gabungan itu bertahan lama

Inilah masalah orang tak sedar diri tapi nak bercakap.

Punca Pakatan Rakyat runtuh dahulu adalah kerana semua parti mahu disamatarafkan. Benda ini adalah sesuatu yang mustahil kerana nature Islam itu adalah memerintah dan bukan diperintah.

Apabila PAS cuba diperintah DAP dengan halangan pelaksanaan RUU355 serta pemungkiran dalam pengenalan semula pilihanraya kerajaan tempatan, maka ikatan itu musnah. Pemimpin yang rela PAS diperintah pula akhirnya terbuang dengan sendiri.

Pakatan Harapan juga musnah kerana itu. Apabila majoriti kelompok yang tidak mesra Islam cuba menguasai PH, maka ia menyebabkan orang-orang Melayu meminggirkan gabungan ini.

Ia mengakibatkan kekalahan berturut-turut PPBM dalam siri PRK dan akhirnya menjadi penultimate keluarnya parti tersebut daripada Pakatan Harapan.

Ini yang pemimpin PPBM kena sedar. Muafakat Nasional tidak memerlukan PPBM. PPBM yang memerlukan kami.

Satu lagi, belajarlah daripada PAS.

PAS ada sekitar 950 ribu ahli – menjadikan mereka parti kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO (3.6 juta ahli).

PPBM tu ahlinya tak sampai 150 ribu orang. Itupun sebelum berpecah dua.

Tapi PAS tak pernah demand untuk menguasai Muafakat Nasional. Mereka tidak meminta lebih daripada apa yang mereka perlu.

Malah dalam kenyataan rasmi MN pun, Dato Takiyuddin (SUA PAS) menggunakan jawatan Setiausaha Agung II dan TS Anuar Musa (SUA UMNO) menggunakan jawatan Setiausaha Agung I.

Ini menunjukkan bagaimana PAS merai, menghormati dan mengutamakan UMNO atas sifat kekuatan sedia ada parti tersebut.

Penghormatan inilah yang melahirkan kepercayaan sehingga BN boleh menang dalam siri-siri PRK di Semenanjung dan Sabah.

Pemimpin PPBM kena ingat. Melayu ini hidupnya berjemaah.

Kalau sekadar menunggang karisma TSMY, masa depan PPBM tidak akan ke mana. Kebencian keterlaluan kepada BN sepertimana PRU14 pun sudah hampir tidak ada.

Malaysia mempunyai 155 kerusi parlimen luar bandar – semuanya majoriti Melayu.

Muafakat Nasional tidak pernah memerlukan kamu.

—-
Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya


https://www.malaysia-today.net/2020/06/14/umno-perlu-banyak-berkorban-jika-mahu-pn-diteruskan-kata-wan-saiful/

UTAMAPOLITIKBelajar daripada PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium