Daim Zainuddin Dan Mokhzani Mahathir Yang Mencadangkan Pembelian Kapal Selam - pakdin.my

Projek kapal selam dipelopori oleh Mokhzani Mahathir dan Daim Zainuddin pada tahun 1995 sementara Najib adalah Menteri Pelajaran dan tidak terlibat dalam hal pertahanan.

Pelopor asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, yang bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan versi German Type 212 (an Air-Independent Propulsion version of the Type 209 design) melalui syarikat yang dipanggil … Perimekar Sdn Bhd, ketika itu beroperasi di sebuah banglo di Jalan Lembah Ledang di Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1999, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abu Bakar Jamal meyakinkan kepada Perdana Menteri pada masa itu (teka siapa) di Avillion Layang-Layang Resort agar membeli kapal selam yang sangat berkebolehan.

Perdana Menteri menerima idea tersebut apabila Laksamana Abu Bakar berkata, “Bayangkan kita (TLDM) boleh beroperasi dengan senyap sejauh Laut Jepun dan Lautan Hindi Utara, tanpa diketahui sesiapa.” Kemudiannya lampu hijau telah diberikan.

Sekitar September 2001, pemilikan Perimekar Sdn Bhd telah dipindahkan ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui ‘special purpose vehicle’ Boustead Bhd yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn Bhd. Lembaga Pengarah Perimekar Sdn Bhd adalah Laksamana Muda (Bersara) Hussin Tamby dan Mazlina Makhzan, isteri Abdul Razak Baginda.

Syarikat itu, bersama-sama dengan pegawai dari TLDM menyediakan lebih daripada 17,000 muka surat dokumen teknikal Scorpene. Selepas daripada itu, seperti yang dinyatakan dalam catatan sebelum ini, Setiausaha Perbendaharaan mengambil alih rundingan komersial terakhir. Kementerian Pertahanan, Perimekar tidak lagi memainkan apa-apa peranan.

Perjanjian untuk membeli dua kapal selam jenis Scorpene dari DCNS dan Thales telah ditandatangani pada Jun 2002, apabila Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan ketika itu yang akan memberikan kelulusan akhir untuk pemerolehan itu. Ia ditandatangani oleh semua pihak yang berkaitan di Ballroom di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan diwakili oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Samsuddin Hitam manakala LTAT diwakili oleh Dato’ Lodin Wok Kamaruddin.

Pertimbangan untuk perjanjian itu sebahagiannya dalam bentuk – eksport minyak sawit ke Perancis. Pertimbangan akhir dari perundingan itu mengikut keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan yang mana dipersetujui oleh Perancis sebelum perjanjian itu ditandatangani – memberikan kepada Malaysia Airlines mendapatkan hak mendarat ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8 di Charles de Gaulle (CDG) Paris.

Jadi, sekarang anda tahu cerita di sebalik Scorpene. Sekarang anda tahu mustahil bagi sesiapa yang terlibat untuk melupakan perjanjian yang telah dibuat 15 tahun yang lalu.

Jadi, ianya adalah Mokhzani Mahathir dan Tun Daim Zainuddin disebalik kontrak kapal selam pada tahun 1995 dan keputusan muktamad dibuat pada tahun 2001 dan kontrak ditandatangani pada tahun 2002. Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 setelah semuanya selesai. Tetapi kemudian mereka menuding jari mereka kepada Najib yang tidak terlibat sehinggalah tujuh tahun kemudian. Dan inilah hasil siasatan yang didedahkan oleh polis Perancis.

Jadi, Mahathir membuat keputusan yang betul dengan menukar kuda di pertengahan jalan ketika ‘kuda’ kapal selam Scorpene baru ini lebih keldai daripada kuda lama 1MDB? Saya menganggap orang yang lemas akan memaut apa sahaja termasuk tahi dan Mahathir pasti memaut kepada tahi dengan menghidupkan semula kisah kapal selam Scorpene dimana anaknya, Mokhzani, dan Daim akan didapati bersalah.

Sesiapa yang lupa tidak seharusnya berada dalam politik kerana ia boleh menjadi tanda kemerosotan fungsi otak. Dan orang-orang ini harus mengingati Allah sebelum dia akhirnya melupakan Siapa Allah.

**************
Rujukan:
https://seademon.me/2017/08/03/scorpene-who-is-who-and-what-is-what/

UTAMAPOLITIKDaim Zainuddin Dan Mokhzani Mahathir Yang Mencadangkan Pembelian Kapal Selam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium