GPS Kekal kuasai Sarawak #pakdin.my

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi pilihan raya negeri ke-12 setelah melepasi majoriti mudah 42 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan.

Keputusan tidak rasmi diperoleh setakat pukul 7.50 malam ini menyaksikan GPS yang diterajui Tan Sri Abang Johari Tun Openg memperbaharui mandat memerintah untuk lima tahun akan datang.

Abang Johari mencatat kemenangan di Gdong, dengan meraih majoriti 3,607 undi di tempat baharunya di Gedong, selepas sembilan kali menang di Satok. Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu meraih 4,310 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau dijangka mengangkat sumpah untuk kali kedua sebagai Ketua Menteri ketujuh di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Pas pula terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama di Sarawak apabila calonnya, Arifiazul Paijo tewas di Beting Maro. Afrifiazul Paijo cuma meraih 2,058 undi berbanding 3,769 undi diperoleh calon GPS, Razaili Gapor.

Berkaitan