Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Global

All countries
232,360,218
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
207,251,469
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
4,758,748
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Harimau Malaya jantan ditangkap di Felda Kerteh 4, Terengganu

Credit FB Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

DUNGUN, 7 Ogos  — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor Harimau Malaya jantan, di ladang sawit Felda Kerteh 4 di sini hari ini.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata harimau yang dianggarkan berusia setahun setengah itu, ditemui di dalam perangkap yang dipasang Perhilitan di sekitar ladang sawit tersebut sejak 10 hari lepas.

“Kita pasang sembilan perangkap semuanya menggunakan kambing sebagai umpan. Kita percaya harimau ini adalah dari kumpulan harimau sama yang dikesan melalui kamera kira-kira dua bulan lepas.

“Setakat ini, pemeriksaan mendapati harimau seberat 70 kilogram itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Haiwan itu sihat dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk pemantauan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi menyelamatkan haiwan tersebut di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof.

Masalah serangan harimau liar yang dihadapi penternak di tanah rancangan semakin kerap berlaku sejak akhir 2019 dan pelbagai usaha telah dilakukan Perhilitan untuk menangkap haiwan pemangsa itu.

Setakat ini, sebanyak 240 ekor ternakan milik 309 peneroka di Felda Kertih 4 telah menjadi mangsa harimau yang dipercayai keluar dari Hutan Simpan Rasau, mengakibat kerugian ratusan ribu ringgit.

Penduduk turut bimbang keselamatan keluarga mereka kerana haiwan itu sering ditemui berkeliaran di kawasan ladang.

Pada Februari lepas, Perhilitan Terengganu dengan kerjasama NWRC, berjaya menyelamatkan seekor harimau jantan di Felda Kerteh 2 yang cedera dipercayai ditembak pemburu haram.

Namun, harimau jantan itu mati selepas menerima rawatan di Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakang.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

Berkaitan