25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan PAS dalam persada politik negara adalah Husam Musa.

Sejurus gagal mempertahankan jawatan Naib Presidennya, Husam mengekori gerombolan pengkhianat dalam PAS untuk menubuhkan PAN dengan dorongan dan ‘endorsement’ kuat DAP.

Kelantan ketika itu kononnya bakal dirampas dari PAS dengan pengaruh Husam. Sahabat saya penulis kontroversi Mohd Sayuti Omar atau MSO berhujah dan meratib saban hari bahawa PAS bakal kecundang di Kelantan dan Husam ‘hero’-nya.

Namun itu semua tinggal sejarah. PAN dikuburkan tanpa satu kerusi pun sama ada Parlimen ataupun DUN bukan sahaja di Kelantan malah melarat hingga Terengganu iaitu kawasan ‘Malaybelt’ di Semenanjung sekali gus memberi isyarat rakyat di Pantai Timur ‘enbloc’ menolak PAN.

Kini ada laporan Husam letak jawatan meninggalkan parti ‘oren’ itu. Menurut portal The Malaysian Insight Husam dilaporkan menyalahkan Presiden PAN Mohamad Sabu di atas kegagalan PAN.

Mat kata Husam bersifat sebagai diktator dan membuat keputusan tanpa berunding dengan pimpinan lain. Desakkan beliau untuk diadakan mesyuarat biro politik untuk membincangkan strategi parti tidak pernah diendahkan Mat.

Yang paling menarik Husam mendakwa:

“Mat sebaliknya dilihat lebih senang merujuk kepada DAP untuk berkongsi masalah dan membuat keputusan parti.”

Malah beliau turut mendakwa:

“Mat merasakan pengundi Cina adalah segalanya sebab itu apabila ada pergolakan berlaku dalam PAN beliau tidak rujuk dekat kawan dalam parti tapi rujuk pada DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anthony Loke.”

Menarik pendedahan ini yang mengesahkan bahawa PAN adalah parti ‘one man show’ yang dikendalikan Mat Sabu dengan bimbingan dan dorongan kuat DAP. Apa agenda Islam PAN, selain tafsiran dan kehendak DAP belaka. Husam kini lemas dan ramai lagi dalam PAN yang telah dan bakal lemas dan dijangka berenang ke tepian.

Menarik pantun Tuan Guru Presiden PAS semasa menutup Muktamar PAS semalam:

Awan menurun hujan rahmat,
Rahmat datang membawa wadah,
Siapa berundur tidak selamat,
Baiahnya datang membawa padah.

Rahmat datang membawa wadah,
Wadah diisi sepenuh kolah,
Baiahnya datang membawa padah,
Baiah dikhianat dilaknat Allah.

– HARAKAH

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan