Israel Tawar 1.2 Billion: NGO Minta Polis Siasat Dakwaan Pemimpin PAS Terhadap DAP - pakdin.my

tentera-israel-dap

Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta polis menyiasat dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, seperti disiarkan media, baru-baru ini.

Mohd Zuhdi juga mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata jika dakwaan Mohd Zuhdi itu benar, ia satu malapetaka cukup besar buat Malaysia dan tidak harus dibiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam.

“Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah DAP mempunyai hubungan dengan Israel?,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Pakatan NGO Pro BN turut membuat laporan di Balai Polis Alam Mesra di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi, susulan pendedahan Mohd Zuhdi itu.

“Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Mohd Zuhdi baru-baru ini,” katanya.

UTAMAPOLITIKIsrael Tawar 1.2 Billion: NGO Minta Polis Siasat Dakwaan Pemimpin PAS Terhadap...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium