Johor tidak selesa majoriti kerusi DUN tipis, tunggu masa terbaik untuk PRN #pakdin.my

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, beliau tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung isu PRN.

Menurut beliau, majoriti tipis hanya dengan satu kerusi masih menjadi elemen utama yang dilihat kerajaan sebelum memutuskan sebarang kemungkinan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Saya masih lagi berpendapat bahawa saya perlu melihat kepada keadaan apabila kerajaan hanya mempunyai satu majoriti… walaupun semua org suka jadi no 1 tapi mgkin Johor tak sukalah dengan istilah 1 itu.

“Kalau ada pihak yang menyatakan bila nak ada pilihan raya (negeri) atau mungkin sudah ada tarikh nak pilihan raya kecil atau PRN, saya rasa seingat saya sebagai Menteri Besar saya tak pernah mengumumkan sebarang keputusan selain daripada melihat dan meninjau kemungkinan-kemungkinan apabila kerajaan Johor hanya memiliki satu majoriti sahaja, itu keadaan yang masih ada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Keusahawanan Johor 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, pada Isnin.

Beliau memberikan reaksi itu selepas ditanya mengenai desas-desus akan diadakan PRN negeri Johor dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor juga berkata, kerajaan negeri kini tidak melihat soal sokongan parti-parti gabungan dan pembangkang sebagai isu untuk sebarang kemungkinan PRN diadakan.

Katanya, isu sokongan itu juga tidak berbangkit buat masa ini.

Kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Hasni kini hanya mempunyai 28 kerusi selepas kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lalu.

Sementara gabungan Pakatan Harapan di negeri itu pula mempunyai 27 kerusi.

Original Article

Berkaitan