Kenaikan Gaji Mendadak Untuk MB, Ahli DUN Selangor - pakdin.my

Gaji Menteri Besar Selangor Sebulan RM29,250.000.
Gaji Exco Kerajaan Negeri Selangor RM20,250.00

Gaji Perdana Menteri Malaysia Sebulan RM22,826.65
Gaji Timb Perdana Menteri Sebulan RM18,168.15

Rakyat Perlu Bijak Menilai, Antara Menjaga Negara dan Negeri..

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker dan Timbalan Speaker akan menerima kenaikan gaji yang mendadak berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilakukan dan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membenarkan kelulusan kenaikan gaji itu.

Gaji untuk ahli DUN akan naik dari RM6,000 kepada RM11,250, peningkatan sebanyak 87 peratus.

Speaker yang menerima gaji RM6,109 akan menerima RM22,500 manakala Timbalan Speaker di mana gaji terkininya adalah RM3,327 akan menerima RM15,750.

Gaji Menteri Besar meningkat sebanyak 106 peratus daripada gaji sedia ada iaitu RM14,175 kepada RM29,250.

Gaji ahli Exco pula naik sebanyak 231 peratus dari RM6,109 kepada RM20,250.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan gaji itu dilakukan tepat pada waktunya bersesuaian dengan peningkatan dari segi tanggungjawab di negeri ini.

 

UTAMAPOLITIKKenaikan Gaji Mendadak Untuk MB, Ahli DUN Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium