22.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Kontroversi Charlie Hebdo – Pernah Hina Islam

charlie-hebdo

Charlie Hebdo atau yang dalam bahasa Inggeris dikenali ‘Charlie Weekly’ adalah akhbar mingguan Perancis yang memuatkan kartun dalam bentuk satira, laporan, polemik serta lelucon (humor).

Menurut laporan Kompas.com, akhbar Charlie Hebdo dikenali sebagai anti-agama dan bersayap kiri, memuat artikel mengenai puak ekstremis kanan.

Ia turut menyentuh isu mengenai penganut berfahaman Katolik, Islam, Yahudi serta isu berkaitan politik, budaya dan pelbagai isu semasa lain.

Menurut Ketua Pengarangnya, Stephane Charbonnier, akhbar itu bukan sahaja memuatkan pandangan kelompok sayap kiri malah mereka turut mengutarakan pandangan mereka yang berkecuali dalam sesuatu isu.


Akhbar mingguan tersebut mula diterbitkan pada tahun 1969 hingga 1981 dan penerbitannya dihentikan seketika selepas itu.

Namun, pada tahun 1992 akhbar tersebut diterbitkan semula.

Stephane Charbonnier yang lebih dikenali dengan panggilan Charb adalah pengarang akhbar minggguan tersebut ketika ini.

Beliau mengetuai akhbar tersebut sejak tahun 2009 hingga kini.

Bagaimanapun pada Rabu terbunuh dalam serangan yang berlaku di pejabat akhbar berkenaan oleh tiga suspek yang dipercayai merupakan ahli kumpulan militan Islam.

Charb ditembak mati bersama sembilan pelukis karikatur di pejabat akhbar berkenaan bersama dua orang anggota polis.


Akhbar mingguan tersebut diterbitkan pada setiap Rabu, memuatkan kisah menarik yang berlaku di kalangan masyarakat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, akhbar berkenaan turut mencipta kontroversi dalam edisi yang diterbitkan pada 3 November 2011.

Edisi ketika itu mengubah nama Charlie Hebdo menjadi Sharia Hebdo dengan mencantumkan Muhammad sebagai editor tamu.

Pelbagai reaksi dan kritikan diterima terutamanya daripada umat Islam yang membantah penerbitan edisi tersebut.

Namun, Charb menegaskan majalah yang dikelolakan oleh syarikatnya itu bebas menyatakan apa jua pendirian dalam pelbagai isu semasa.


Pada 2007, Charlie Hebdo sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Penerbitan karikatur berkenaan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Namun akhbar berkenaan masih bergerak bebas, menerbitkan pelbagai kisah humor yang turut menyentuh mengenai agama Kristian dan penganut Yahudi.

Dalam sebuah wawancara dengan BBC, Charb mengatakan insiden serangan bom molotov koktail ke atas pejabatnya pada 2011 merupakan serangan yang dilakukan oleh puak ekstremis militan yang  tidak mewakili komuniti Islam di Perancis.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...