Koon Yew Yin pernah melawat ketua komunis, Chin Peng di Thailand - pakdin.my

Bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak hairan dengan kenyataan jutawan Koon Yew Yin yang mengguris perasaan pasukan keselamatan.

Ini kerana, dakwa Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Yunus Long, ahli perniagaan itu adalah antara orang ternama Malaysia yang menziarahi Ching Peng ketika ketua komunis itu berada di Thailand.

Ini secara tidak langsung dakwa Mohd Yunus, Koon Yew mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemimpinnya.

“Saya tidak hiran keceluparan Koon Yew kerana beliau adalah antara orang ‘ternama’ Malaysia yang menziarahi ketua pengganas komunis Malaya, Chin Peng ketika ketua komunis itu berada di Thailand.

“Selama berkhidmat dalam ATM, saya tidak pernah lihat atau tahu yang Koon Yew pernah menziarahi balu anggota keselamatan yang kehilangan suami dalam pertempuran dengan pengganas komunis atau bekas anggota keselamatan yang cedera dan cacat akibat pertistiwa berdarah.

“Yang saya tahu, Koon Yew hanya berminat melawat ketua pengganas komunis,” katanya yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Kata Mohd Yunus, NGO Melayu itu tidak mempersoalkan jutawan berkenaan berpihak pada mana-mana parti politik kerana itu hak dia, tetapi Perkasa memandang serius keceluparan Koon Yew yang menyifatkan anggota tentera sebagai tidak berguna langsung dalam sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Keceluparan jutawan itu, tegasnya mengguris perasaan pasukan keselamatan yang selama ini telah berkorban jiwa dan raga menjaga keamanan negara supaya orang seperti Koon Yew boleh membuat kekayaan dengan selesa.

“Soalnya inikah balasan yang wajar terhadap pengorbanan anggota tentera? Memanglah tidak dinafikan negara tidak lagi diancam oleh mereka yang anti negara seperti PKM, kerana mereka ini telah dimusnahkan habis-habisan oleh pasukan keselamatan dalam darurat pertama dan kedua.

“Kekalahan PKM ini telah berakhir dengan Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu negara telah aman dan kerajaan tidak lagi diganggu gugat oleh anasir komunis serta telah dapat memajukan negara dengan begitu pesat sekali.

“Apabila negara sudah aman, tidak sepatutnya anggota tentera dilabelkan sebagai makan tidur sahaja,” katanya.

Beliau meminta ATM membawa jutawan yang berpendirian sama seperti Koon Yew melihat sendiri apa yang berlaku dalam kem tentera.

Sebenarnya kata beliau, mengurus keamanan lebih sukar dari mengurus peperangan.

“Sebagai rakyat Malaysia, beliau sepatutnya lebih taat kepada negara dan menunjukkan semangat patriotik serta tidak mengiktiraf pengganas komunis.

“Perkasa juga ambil maklum tidak ramai bukan Melayu menyertai pasukan tentera kerana perbidalan Cina ada menyatakan ‘hanya besi yang buruk dijadikan paku’.

“Dengan itu, Perkasa meminta Koon Yew memohon maaf dari semua anggota keselamatan khusus anggota ATM bahawa mereka tidak makan tidur sahaja seperti yang didakwanya,” ujar beliau.

Kata Mohd Yunus, kenyataan jutawan itu berbau rasis kerana lebih 90 peratus anggota ATM dari bangsa Melayu dan Bumiputera.

Kenyataan itu, tegas beliau, tidak sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

Berkaitan:
Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang FELDA
https://pakdin.my/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda/

Rujukan:
Meeting Chin Peng in Bangkok
http://koonyewyin.com/2011/10/02/meeting-chin-peng-in-bangkok/

UTAMABERITAKoon Yew Yin pernah melawat ketua komunis, Chin Peng di Thailand

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium