Krisis Air Selangor: SPLASH saman SYABAS

Kelmarin, kami diberitahu bahawa SPLASH telah memfailkan di mahkamah untuk menyaman SYABAS yang dimiliki 100% oleh kerajaan Selangor bagi bil yang tidak dibayar berjumlah RM4.2 bilion – yang melebihi daripada rizab negeri Selangor sebanyak RM3 bilion.

Menurut SPLASH, kerajaan Selangor hanya membayar 30% daripada jumlah bil mereka kepada SPLASH sejak mengambil alih SYABAS beberapa tahun lalu.

Semakan dengan SSM juga menunjukkan bahawa bagi tahun kewangan terkini yang berakhir pada 31 Dis 2016 dan dibentangkan pada 30 Mei 2017, SYABAS mencatatkan KERUGIAN bersih untuk tahun berkenaan sebanyak RM1.19 bilion daripada perolehan sebanyak RM1.87 bilion.

Walaupun kerajaan Selangor belum memfailkan penyata bagi tahun 2017, saya yakin kerugian bagi tahun 2017 adalah sama besar atau lebih besar.

Ini bermakna SYABAS tidak mampu membayar SPLASH apabila mereka kalah kes mereka dan sebaliknya Kerajaan Selangor terpaksa membayar bagi pihak SYABAS.

Di samping itu, kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali juga telah menandatangani untuk meminjam RM9.65 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015.

Laporan Ketua Audit Negara terkini bagi tahun 2016 juga menunjukkan bahawa di tahun kedua di mana Azmin menjadi Menteri Besar, kerajaan Selangor mencatatkan defisit untuk tahun berkenaan yang berjumlah negatif RM145 juta berbanding dengan surplus yang konsisten pada tahun-tahun sebelumnya di bawah bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Selangor kelihatan seperti satu lagi negeri yang pantas menuju kearah menjadi muflis.

Syabas… Menteri Besar, Azmin Ali.

Tidak hairanlah dia hanya mampu menggunakan perkhidmatan Grabcar sekarang ini.

LSS.

———-
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/krisis-air/
https://pakdin.my/tag/splash/

16 Replies to “Krisis Air Selangor: SPLASH saman SYABAS

  1. Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh “4th floor boy”. Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.

    Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).

    *Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut 😗

    25 di Sarawak.
    22 di Sabah.
    21 di Johor.
    12 di Perak.
    10 di Pahang dan Kedah
    5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
    4 di Melaka dan Terengganu.
    3 di Perlis dan Penang.
    2 di Kuala Lumpur.
    1 di Putrajaya dan Labuan.

    Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.

    UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.

    Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.

    Bagi PRU14 akan datang BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.

    Semasa PRU13 belum lagi ada kes :

    🔴 1MDB
    🔴 GST
    🔴 RM2.6B
    🔴 Harga barangan naik.
    🔴 Harga minyak tak menentu.
    🔴 Matawang merundum.
    🔴 Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
    🔴 Biasiswa MARA tiada.
    🔴 Subsidi pelajaran di potong.
    🔴 Subsidi kesihatan di potong.
    🔴 Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
    🔴 Akta MKN.
    🔴 Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
    🔴 Pembuangan pekerja yang ramai.

    Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.

    Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

    Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah.

    Dan jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar.

    Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi sahaja.

    TERPULANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU, jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka mereka akan mengekalkan UMNOBN.

    JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi Parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti.

    Dalam BN, hanya UMNO sahaja membawa suara Melayu.

    Tetapi di dalam Pembangkang hanya DAP sahaja mewakili suara CINA.

    Dan juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNOBN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan bukan UMNO perintah, Penang bukan UMNO perintah dan Selangor juga bukan UMNO perintah. Steady je Melayu di sana.

    Yang akan menjadi MELARAT adalah pemimpin-pemimpin UMNO / BN yang akan di bawa kemuka pengadilan.

    SAJA NAK BAGITAU, SEKIRANYA UMNO BN kalah, PERDANA MENTERI tetap MELAYU.

    Agama rasmi negara ini tetap ISLAM.

    Bahasa kebangsaan tetap bahasa Melayu.

    RAJA-RAJA MELAYU tetap bersemayam di singgahsana.

    VIRALKAN

Leave a Reply