Home NASIONAL JENAYAH / MAHKAMAH Kronologi kes bunuh Siti Kharina: Pengesahan terbaru pihak polis ini mengejutkan ramai...

Kronologi kes bunuh Siti Kharina: Pengesahan terbaru pihak polis ini mengejutkan ramai pihak

8 Mei 2019 RABU
Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, bekerja sebagai Ketua Jururawat di Hospital Serdang sejak lima tahun lalu, tinggal berjauhan dengan suami dan tiga orang anak perempuannya berusia 10 hingga 14 tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

- Advertisement -

Namun, Siti Kharina dilaporkan tidak pulang ke rumah dan tidak melaporkan diri ke tempat kerja oleh rakan serumahnya sejak 8 Mei, Rabu.

Rakan serumah memaklumkan perkara itu kepada keluarganya pada jam 10 pagi dan usaha ahli keluarga cuba menghubungi Siti Kharina juga gagal.

Kali terakhir Siti Kharina dilihat berada di kawasan parkir Hospital Serdang pada jam 4 petang dan masih pakaian kerja berwarna biru dan memandu kereta model Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY1361.

Suaminya menjelaskan, mereka berdua tidak ada masalah keluarga dan kali terakhir dia bercakap dengan isterinya pada Rabu lalu di mana Siti Kharina memaklumkan dia akan pulang ke Kuala Piliha selepas tamat bertugas pada hari itu.

13 MEI 2019 ISNIN
Masih tiada khabar berita dan tiada sebarang petunjuk mengenai kehilangan Siti Kharina. Usaha mencari Siti Kharina giat dijalankan di beberapa kawasan seperti Seri Kembangan, Nilai, Cyberjaya, Serdang dan laluan ulang alik ke Kuala Pilah dan serta kawasan sekitarnya. Namun, usaha mereka menemui kegagalan.

- Advertisement -

Polis juga tidak berjaya mengesan di mana keberadaan Siti Kharina.

Pihak berkuasa dan keluarga mohon bantuan orang ramai mengesan Siti Kharina.

14 MEI 2019 SELASA
Tersebar maklumat yang mendakwa Siti Kharina telah ditemui selamat.

Tetapi dakwaan itu disangkal oleh ahli keluarga mangsa.

Usaha mencarinya diteruskan, keluarga mangsa turut menggesa orang awam membantu mencari Siti Kharina.

15 MEI 2019 RABU
Mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah sewa di Cyberjaya pada petang Rabu, jam 2.30 petang.

Mayat ditemui oleh pemilik rumah datang ke kediaman itu untuk melakukan pemeriksaan selepas penyewanya gagal dihubungi sejak seminggu lalu.

Mayat ditemui dalam keadaan reput, dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu dan terdapat kesan kelar di leher dan dada mangsa.

Mayat dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat.

- Advertisement -

16 MEI 2019 KHAMIS
Dua suspek, lelaki Pakistan dan wanita Nigeri berusia 38 dan 35 tahun ditahan awal pagi tadi selepas meneliti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kondominium yang disewa mangsa.

Setelah disoal siasat, polis kini sedang memburu suspek lelaki warga Nigeria yang dikenali sebagai Aliwajuwon Gilbertalowoniem yang disyaki suspek utama.

JAM 3 PETANG
Suspek utama ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Cheras Sentral, Kuala Lumpur.

Tiga suspek terbabit akan direman bersama dan

Polis sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang berharga milik maangsa tidak hilang dan tiada sebarang kesan pecah masuk.

Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa diroogol atau sebaliknya.

Jenazah mangsa telah dibawa pulang ke Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar.

Ahli keluarga maangsa menggesa pihak berkuasa mengheret pelaku ke muka pengadilan.

17 MEI 2019 JUMAAT
Ketua Jabatan Siasatan Jeenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan, punca kemaatian maangsa adalah akibat luka hirisan di leher.
Keputusan itu diperoleh selepas hasil bedah siasat terhadap mayat maangsa yang dijalankan pada Khamis.

Adik mangsa, Khairani Kamarudin memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang membantu mencari kakaknya.

Khairani menggesa pihak-pihak yang menyebarkan cerita atau berita yang tidak benar berhenti berbuat demikian kerana ia menyakitkan mereka sekeluarga.

18 MEI 2019 SABTU
Polis berkata, pihaknya tidak mengetahui kewujudan rumah sewa yang didiami oleh Siti Kharina kerana laporan awal yang diterima mengatakan mangsa tinggal di kuarters kakitangan bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, maklumat itu hanya diperoleh polis secara kebetulan selepas menerima laporan berkaitan penemuan satu mayat di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, kelmarin.

Selepas melakukan siasatan, mayat tersebut disahkan adalah mayat Siti Kharina dan kondo berkenaan juga disewa oleh mangsa.

Ahli keluarga da rakan sekerja mangsa tidak mengetahui tentang kondominium tersebut.

Pengawal keselamatan di kondominium berkenaan, Zulkifli Abdullah 47, mengakui mengenali mangsa dan setiap hari membuka pagar untuk laluan jururawat itu keluar bekerja atau urusan lain.

“Memang hari-hari dia keluar masuk kawasan ini. Setahu saya dia tinggal seorang diri sebab suami dan anaknya ada di Negeri Sembilan,” katanya.

Namun, kelibat Siti Kharina tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu sehinggalah dia ditemui dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Tambah Zulkifli, dia pernah melihat wanita itu masuk ke kawasan kondominium berkenaan dengan seorang lelaki warga asing tetapi tidak pasti sama ada mereka tinggal bersama atau sebaliknya.

UPDATE 8.59PM
Siasatan terkini polis mendapati Siti Kharina mengenali suspek warga Nigeria sejak Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 30 tahun itu pernah bertemu dengan Siti Kharina di unit kondominium berkenaan beberapa kali.

Pemilik kondominium menyewakan rumah itu kepada Siti Kharina sejak awal tahun ini.

Suspek tinggal secara haram di Malaysia selepas permitnya tamat tempoh.
Polis sedang menyiasat jika suspek dan dua lagi suspek warga Pakistan dan Nigeria terbabit dengan kegiatan jeenayah lain seperti Love Scam, Macau Scam atau kes penipuan lain termasuk dadah.

19 MEI 2019
Adik kepada Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamarudin, kesal netizen mengkritik kematian allahyarham kakaknya selain melemparkan pelbagai tuduhan yang telah mengguris hati dan perasaan keluarga.

“Netizen tak tahu macam mana perasaan kami apabila kehilangan orang tersayang. Kritikan mereka ‘out of control’.

“Kami tidak mampu mengekang kritikan (netizen) dan semoga tuduhan yang dilemparkan mengalirkan pahala buat aarwah.

“Kakak saya sudah pergi menghadap Ilahi dan jangan buat tuduhan melulu.

Tolong fahami isi hati dna perasaan keluarga yang kehilangan insan tersayang. Orang ramai boleh bercakap apa saja kerana kejadian itu tidak berlaku terhadap keluarga mereka,” katanya.

Polis sahkan suspek sewa kondo bersama Siti Kharina

Polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin menyewa bersama wanita itu di unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya sejak Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mereka berdua menyewa bersama di unit kondominium berkenaan yang juga lokasi maayat Siti Kharina ditemui.

“Suspek lelaki warga Nigeria itu juga mempunyai kad akses masuk ke kondominium berkenaan dan kediaman itu disewa atas nama Siti Kharina.

“Berdasarkan siasatan polis ke atas suspek dan juga keterangan saksi-saksi lain mendapati, Siti Kharina hanya secara on off (tidak setiap hari) menginap di kondominium berkenaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Fadzil berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan sama ada suspek terlibat dengan jenayah lain seperti love scam atau dadah.

“Bagi melengkapkan siasatan, polis telah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan dan tidak menolak kemungkinan untuk memanggil lagi beberapa individu lain dalam masa terdekat,” katanya.

Motif Pembunuhan
Fadzil berkata, motif pembuunuhan kini masih dalam siasatan namun pihaknya telah menemui beberapa petunjuk baru yang tidak akan didedahkan kepada umum buat masa ini.

Kes Selesai?
“Bagaimanapun, dengan penahanan tiga suspek ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai berjaya diselesaikan,” katanya lagi.

sumber: mkini, sinarharian,hmetro,astroawani, thereporter

Kematian Siti Kharina kerana luka di leher
https://pakdin.my/kematian-siti-kharina-kerana-luka-di-leher/

Kes bunuh jururawat: Kenal suspek di media sosial, jumpa sejak Januari
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-kenal-suspek-di-media-sosial-jumpa-sejak-januari/

Kes bunuh jururawat: Suspek tinggal melebihi tempoh di negara ini menggunakan pas lawatan sosial
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-suspek-tinggal-melebihi-tempoh-di-negara-ini-menggunakan-pas-lawatan-sosial/

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

992FansLike
4,800FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md...

[Video] Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang-Undang – Hamzah Zainuddin

SETIAUSAHA Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam. Katanya,...

Seorang menteri dari PPBM bakal umum letak jawatan petang ini?

Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara...

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta. Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz...

Mahathir Akan Mengadap Agong Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi...

[Video] Akan berlaku pertukaran kerajaan semula?

Mereka dilihat sedang menjalankan propanda bahawa era Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berakhir tidak lama lagi dan kerajaan...

[Video] Kemalangan maut: Lebuh raya Tanjung Malim-Behrang (KM 389 arah utara) terhalang

Seorang maut, manakala dua lagi masing-masing cedera parah dan cedera ringan selepas van syarikat keselamatan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM)...

[Video] Anjur majlis perkahwinan di kuil: Polis ambil keterangan 33 saksi

Polis telah mengambil keterangan daripada 18 orang saksi berhubung siasatan kes rumah ibadat yang menganjurkan majlis perkahwinan di Taman Serdang Raya pada Ahad lalu. Majlis...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu