24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

LESEN JUDI RAKAN KARIB MAHATHIR YANG DIHALANG PAK LAH DAN NAJIB

mahathir-muhyiddin-vincen-tan-judi

Hari ini, bermacam tuduhan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila ditanya mana buktinya, “saya tidak cukup bukti.”

Ditanya polis mana buktinya, “saya tiada bukti” namun beliau tetap menulis di blognya sebelum disebarkan penyokongnya yang buta tuli tanpa periksa.

Ia bukan pertama kali dilakukannya. Ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi, bermacam tohmahan dilempar kepada Pak Lah, menantunya dan hinggakan Allahyarham Datin Paduka Endon Mahmood pun tidak terlepas daripada fitnah Mahathir.

Sehingga hari ini, tiada pula bukti dikemukakan Mahathir terhadap segala tuduhan, tohmahan dan dakwaannya terhadap Abdullah, Endon dan Khairy.

Apa yang rakyat Malaysia tidak tahu, apabila desakan demi desakan dilakukan terhadap Mahathir pada 2003 untuk melepaskan jawatannya, sebulan sebelum melangkah keluar dari Putrajaya, beliau sempat meluluskan lesen judi pertaruhan sukan di bawah nilai sebenar.

Pada 2010, apabila Datuk Seri Najib membuat keputusan menggantung lesen judi itu, pantas Mahathir membuat kenyataan secara terbuka, “lesen judi diluluskan jika saya berkuasa” tanpa segan silu tanpa memikirkan impak dan kesannya kepada masyarakat.

Keakraban Mahathir dan Vincent Tan bukanlah satu rahsia.

Berikut adalah pendedahan Lim Sian See melalui akaun Facebooknya:

Pada September 2003, sebulan sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan dipimpinnya secara senyap dan melalui penganugerahan secara terus lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan, Vincent Tan pada kadar bayaran lesen RM25 juta sahaja.

(Pada masa yang sama, kerajaan yang masih lagi di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir turut menganuerahkan lesen bagi 420 mesin judi slot bernilai jutaaan ringgit kepada pusat peranginan Bukit Tinggi milik Vincent Tan).


WSJ Gambling License


Pada 2004: Kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantung lesen pertaruhan sukan milik Vincent Tan.

2009: Dr Mahathir berjaya memaksa Abdullah untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.<

Jun 2010: Vincent Tan melepaskan 70 peratus pegangannya dalam lesen perjudian Ascot Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam miliknya pada harga RM525 juta, melalui urusan yang menilai lesen pertaruhan sukan itu pada RM750 juta.

Walaupun pada nilai RM750 juta ini, ia di bawah nilai kerana pasaran pertaruhan sukan di Malaysia diunjurkan bernilai hingga RM20 bilion pada tahun 2010.

Jun 2010: Datuk Seri Najib Razak menggantung lesen pertaruhan sukan dan bertegas enggan membenarkan ia beroperasi.

23 Jun 2010: Dr Mahathir secara terbuka mengumumkan jika beliau masih lagi Perdana Menteri, beliau akan melulus dan membenarkan lesen pertaruhan sukan diberikan kepada Vincent Tan dan mengizinkan ia beroperasi memandangkan beliau tidak melihat sebarang masalah terhadapnya.

image

“Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

“Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah,” katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pada Jun 2010.

 

Julai 2015: Vincent Tan menanggung dan menganjurkan parti sambutan harijadi ke-90 Dr Mahathir bertemakan SkyFall dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

mahathir birthday1

Difahamkan, Vincent Tan sudah menanggung dan menganjurkan sambutan harijadi Dr Mahathir setiap tahun sejak persaraan bekas perdana menteri itu.

TUNMAHATHIRSKYFALL

Bagi mengelakkan kesangsian, saya adalah penyokong bagi membenarkan pertaruhan sukan di Malaysia bagi mencegah bookie haram dan membolehkan kerajaan mengutip hasil daripada cukai industri itu.

Namun, saya percaya adalah salah untuk menganugerah dan secara senyap memberikan lesen tanpa tender terbuka pada harga RM25 juta walhal pada tahun berikutnya, ia dinilai pada harga RM750 juta.

Saya percaya harga yang lebih munasabah sepatutnya dibayar kepada kerajaan untuk lesen ini.

Sept 2003: http://www.wsj.com/articles/SB109777782409745553
June 2010 http://www.thesundaily.my/node/142202
June 2010 https://m.malaysiakini.com/news/135359
July 2015 http://www.themalaysianinsider.com/…/sempena-ulang-tahun-na…

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan