30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

LIDAH RASMI PAS BIDAS PELANTIKAN SAIFUDDIN SEBAGAI ‘DEDAK DAP’

PAS memberi tindak balas negatif terhadap perlantikan Setiausaha Agong PKR sebagai penasihat kepada Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

PAS mengatakan itu dedak!

20170106-pas-saifuddin-makan-dedak
__________

LIDAH RASMI PAS BIDAS PELANTIKAN SAIFUDDIN SEBAGAI ‘DEDAK DAP’

Lidah rasmi PAS Harakahdaily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada ketua menteri Pulau Pinang, sebagai “dedak” oleh DAP bagi mengikat PKR.

“Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya.

“Itulah ‘dedak’ yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat,” menurut komen yang diterbitkan akhbar berkenaan semalam.

Ia menganggap keputusan melantik Saifuddin sebagai sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.


Menurutnya, pelantikan “orang penting PKR” dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR “masih menunjukkan sayang dan rindu kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku”.

“Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan ‘strategik’ mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR.

“Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai ‘penimbang tara’ terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH-Bersatu,” menurut penulisan itu, merujuk perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan Saifuddin menerima sokongan Biro Politik PKR Pusat. Saifuddin memulakan tugasnya dari pejabar pentadbiran negeri di Komtar, di tingkat sama pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng.

PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PH disebabkan keanggotaan DAP dan Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS pada 2015.

Parti itu bagaimanapun belum memutuskan hubungan dengan PKR, dan beberapa siri ceramah menonjolkan pemimpin PAS, PKR dan PPBM diadakan baru-baru ini.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...