‘Mahathir desak Najib lantik saya sebagai pendakwa raya kes Anwar kerana tidak yakin dengan Pejabat Peguam Negara’ – Shafee Abdullah

Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mendakwa Mahathir Mohamad adalah individu yang mendesak agar beliau dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes Liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafee mendakwa bahawa pada 2013, perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak tidak begitu cenderung untuk melantik beliau sebagai pendakwa raya kerana mahu menjaga hati Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Malah, dia (Najib) yang paling keberatan (dalam pelantikan itu). Bagaimanapun, Dr Mahathir bertegas saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan Anwar kerana Dr Mahathir tidak yakin Pejabat Peguam Negara mampu menguruskan rayuan itu.

“Ini mungkin kerana Pejabat Peguam Negara sudah kalah dalam kes Liwat 2 di Mahkamah Tinggi sebelum itu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shafee berkata demikian sebagai menafikan ‘maklumat baru’ daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes berkenaan.

Pertemuan dengan Mahathir

Shafee mendakwa bahawa pada bulan Jun atau Julai 2013, Mahathir, melalui peguam Matthias Chang, telah memanggilnya untuk mengadakan pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau berkata sebelum pertemuan itu, Najib juga telah dipanggil ke Yayasan di Putrajaya, dan telah di yakinkan oleh Mahathir melantiknya sebagai pendakwa raya khas.

“Saya mendapat tahu dari Chang bahawa pelantikan saya sebagai pendakwa raya khas adalah yang pertama daripada enam tuntutan dibuat oleh Mahathir terhadap Najib pada mesyuarat itu, kerana jika tidak, dia akan menentang Najib.

“Dalam masa beberapa hari, saya telah diberitahu oleh pejabat Mahathir dan Pejabat Perdana Menteri bahawa saya perlu bertemu dengan Gani untuk tujuan pelantikan itu, kerana semuanya telah dipersetujui,” katanya.

Shafee berkata beliau telah berkhidmat untuk Mahathir berkali-kali semasa beliau menjadi presiden Umno sejak awal 1990-an, mewakilinya dan lain-lain parti-parti BN dalam kes-kes yang terdiri daripada petisyen pilihan raya sehingga litigasi.

Walau bagaimanapun, beliau berkata sebahagian besar tugasan beliau tidak dibayar.

“Saya ada banyak bil tertunggak untuk kerja guaman saya sejak zaman Mahathir sebagai perdana menteri, terutamanya semasa tempoh ketika Mohamed Rahmat menjadi Ketua Setiausaha Agong Umno dan BN,” katanya.

Shafee menambah perkara ini telah dibangkitkan semasa pertemuan dengan Najib pada September 2013, yang kemudiannya bersetuju untuk membayarnya RM9.5 juta sebagai penyelesaian untuk 46 petisyen pilihan raya yang dikendalikan oleh Shafee bagi pihak Umno dan BN sejak 1990-an.

……………
http://pakdin.my/tag-shafee-abdullah

Comments (11)

  1. Suhaimi Salim Saturday, September 8, 2018 20:22:
  2. Mohd Shafa Azam Saturday, September 8, 2018 20:26:
  3. Nur Ar Rashidin Saturday, September 8, 2018 20:35:
  4. Sabri Abi Saturday, September 8, 2018 20:38:
  5. Suhaimi Yunus Saturday, September 8, 2018 20:53:
  6. Mohd Yusof Saturday, September 8, 2018 20:54:
  7. Ayahchik Pakyob Saturday, September 8, 2018 20:56:
  8. Abd Wahab Saturday, September 8, 2018 21:12:
  9. Ruslan Ismail Saturday, September 8, 2018 22:27:
  10. Tan Tarie Saturday, September 8, 2018 22:53:
  11. Asry Aziz Sunday, September 9, 2018 06:09:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.