32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Malaysia Iktiraf Islam Sebagai Agama Rasmi Negara Ini – Dr Mahathir

mahathir-tambak-johor

Malaysia hanya sebuah negara biasa yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau berkata, ini tidak bererti Malaysia adalah sebuah negara Islam atau sekular.

“Kita mengisytiharkan negara kita sebagai negara Islam sebelum ini, tetapi ia tidak bererti bahawa kita perlu melakukan semua jenis perkara lain untuk menjadikan ia negara Islam.

“Terdapat banyak negara Islam yang tidak mengisytiharkan mereka negara Islam dan mereka juga tidak mengamalkan pelbagai perkara yang sepatutnya ada kaitan dengan negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada ceramah eksekutif di Ibu Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini Rabu.

Namun, Dr Mahathir berkata, ini juga tidak bermaksud Malaysia boleh dianggap sebagai negara sekular kerana ia tidak disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak pernah berkata negara ini adalah negara sekular atau sebaliknya. Kita hanyalah sebuah negara biasa yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kita mengamalkan perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Empat hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Malaysia bukan negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...