Home / :: BLOG :: / Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Semalam, empat plaza tol telah dihentikan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau (Shah Alam), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) (Johor Bahru) atas inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018, 27 Oktober lepas.

BN terbukti mengotakan janji dalam perkara ini apabila dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas, BN berjanji untuk menangani masalah kos sara hidup yang merupakan teras utama dalam manifesto BN.

Lain ceritanya di pihak pembangkang, kerana janji untuk hapus tol ini adalah janji yang paling susah untuk mereka tunaikan dan ia mungkin jadi janji yang dikategorikan sebagai harapan palsu sahaja. Dalam 10 janji Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13, janji kedua ialah menghapuskan tol tapi satu pun tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Di Selangor, dua tol yang dimansuhkan semalam adalah atas inisiatif kerajaan BN bukannya Kerajaan Negeri PKR, pimpinan Azmin Ali. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus lepas tangan kepada janji yang dibuat pada PRU ke-12 lagi iaitu untuk hapuskan tol Sungai Nyior. Kini, sudah hampir hendak diadakan PRU14, sudah 10 tahun berlalu, tapi janji mansuh tol tidak lagi dimansuhkan.

Janji DAP masa berkempen PRU12, ialah hendak hapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang dengan kadar RM7, dan Sungai Nyior yang kadar kutipannya 50 sen.

Mahathir yang dikenali sebagai Bapa Segala Tol pula menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), pakatan baru selepas PR berkubur. Dalam belanjawan alternatif PH untuk tahun ini, disenaraikan sekali lagi janji mansuhkan kutipan tol.

Berjanji apa lagi? Janji 10 tahun lepas pun masih belum tunai lagi.

Mahathir dalam sejarah beliau jadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan satu plaza tol sahaja iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Majoriti perjanjian konsesi tol yang berat sebelah ditandatangani ketika zamannya. Zaman Najib jadi Perdana Menteri, beliau sudah mansuhkan kutipan di tujuh plaza tol.

Plaza tol METRAMAC dimansuhkan pada 16 Mei 2011, Plaza Tol Teluk Kapas (NNSB) dimansuhkan pada 21 Disember 2009, Plaza Tol Batu 9 Cheras kedua-dua laluan dimansuhkan pada 2 Mac 2012 dan empat yang dimansuhkan pada tengah malam tahun baru 2018.

Bukti Najib lebih bersungguh memansuhkan tol bila dia berkuasa. Tidak seperti Mahathir, masa berkuasa 22 tahun hanya mansuh 1 plaza tol sahaja.

Bila sudah tiada kuasa, bercita cita pula hendak mansuhkan tol. Ini cerita karut sama sekali. Boleh percayakah? Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia ada kuasa bukan masa tiada kuasa.

Rakyat janganlah mudah percaya janji manis pembangkang ini. Mereka mungkir janji dan hipokrit semata mata.

Zaman Mahathir, beliau tidak sibuk hendak fikir hendak mansuhkan tol sebaliknya merancang hendak buat lagi banyak perjanjian tol untuk membebankan rakyat demi kesenangan kroninya sahaja.

Lebuh raya Maju Expressway dan Denai Desaru Highway dibina pada 2004, kedua-duanya memperolehi surat perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani sebelum Mahathir letak jawatan pada Oktober 2003.

Lebuh Raya Utara-Selatan pula dibina pada awalnya oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia setelah dirancang pada tahun 1977 ketika Allahyarham Tun Hussein Onn jadi Perdana Menteri. Ia mula dibina setahun sebelum Mahathir mengambil alih iaitu pada tahun 1980.

Sepanjang tahun 1980 hingga 1985, LLM telah membina sepanjang 366 km atau 41% daripada cadangan 823 km lebuhraya dengan kos sebanyak RM3.2 bilion yang ditanggung oleh kerajaan.

Pada tahun 1986, seluruh projek diserahkan kepada Halim Saad dari UEM, pembida yang tawarkan harga tertinggi walaupun mereka tidak ada pengalaman dalam pembinaan lebuh raya. Akibatnya, lebuh raya PLUS diserahkan lewat dua tahun dari tarikh sebenar dan kerajaan pada ketika itu telah membiayai separuh daripada bajet RM3.5 bilion.

Tahun 2011, pentadbiran Najib ambil alih PLUS dan perjanjian konsesi dirangka semula dan kenaikan tol yang sepatutnya berlaku dalam perjanjian era Mahathir dapat dihalang.

Sampai bila-bila pun pembangkang takkan mahu hapuskan tol kerana mereka lebih pentingkan kroni dari rakyat. Tengok apa DAP buat di Pulau Pinang, hendak mansuh tol bernilai RM50 sen pun tidak boleh.

10 tahun sudah, cerita hendak mansuh tol ini kalau keluar dari mulut pembangkang, jangan percayalah. Hipokrit sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB722, Selasa
2 Januari 2018

(Visited 10 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

37 comments

  1. Cili Cili

    Janji semua orang boleh buat.biasa la janji pilihanraya,bila menang semua boleh berubah,itu lah dia dikata politik.

  2. Mohd Azizafril Abu Hasan

    Harga kereta akan turun scra bransur2 hingga ke tahun 2017
    – macai basah kepala kena kencing

    GST akn menurunkn harga barang
    – kepala baru nak kering kena kencing lagi

    Ulang2 cmtu je la hidup macai.. takut dengan dap tp kepala macai jual abis barang ngn china..

  3. Jasni Jaafar

    Nak tenggok kepala macai basah lagi kena kencing dgn tokong hidup DAPig laknattullah..

  4. Addy Asmawi

    Bodo kosensi tol tu mmg tamat 2018 pn hahahaha.. Najib yg gatai nak sambung lagi, bila x jd sambung, dia arahkan page2 puji dia dan kutuk pembangkang hahahahahaha pemimpin batak pujian wakakakakaka..

  5. Muhamad Qamarredza

    Minyak naik barang naik rakyat susah apa tau pemimpin senyum ja semua free

  6. AmRan Kecik

    Dekat pru biasa LA..nak raih undi…

  7. Bayjurie Abd Aziz

    harga barang tak turun pon harga minyak tak tentu arah pon ..nak tgk tol turun kere jaan kena turun dulu kot

  8. Mahendra Rao

    Admin mangkuk tol dibawah kuasa federal

  9. Mohd Affendi Ismail

    Pembangkang especially kat Pulau Pinang ni sama je janji dicapati

  10. Bakh Kamal

    Kalau sdh hitam hati tu bencikan BN (UMNO), apa yg PH semua betul, padahal kerajaan PH sdh terang depan mata menipu rakyat, pengotor dll yg seangkatan.

  11. Bakh Kamal

    Tambah lagi mungkin gabungan parti yg dianggotai oleh kumpulan parti yg bodoh bodoh kut. Contoh nak tahu drg ni bodoh ialah hapuskan GST tukar dgn sistem percukaian yg lain. Apa yg menyebabkan mereka ni lagi amat bijak dari kerajaan kerajaan 90% dlm dunia ini yg menguna pakai GST.

  12. Bakh Kamal

    Nasib baik tamat, macammana pulak yg janji nak hapuskan tol tapi sebaliknya tambah lagi tol.

  13. Addy Asmawi

    Yg lg bangangnya tu ritu nak sambung kosensi tol pastu batalkan balik, x pasal2 nak kena bayar berbilion2 sbg pampasan hahahaha.. Bangang punya pentadbiran..

  14. Bakh Kamal

    Ni lagi bangang punya statement. Dulu agaknya tak abis sekolah kut… Perlu byk membaca lagi ni…

  15. Mohd Azizafril Abu Hasan

    Pelaksanaan GST dah disalahguna kt malaysia ni.. xde nampak kebaikan.. hrga yg di war2kn akn turun lagi naik.. salahkn peniaga? Salahkan DAP?

  16. Mat

    Dtg plak macai pembangang..pemimpin fuckatan kata tak kan hapus gst bila dpt putrajaya…lancau sembang..

  17. Mohd Azizafril Abu Hasan

    Klau tak hapuskn bru kita lancaukan.. yg buat skrng ni mmg da kompom lancau..

  18. Hisham Maverick

    Nk jadi barua dap kene la bangang macam Mohd Azizafril Abu Hasan nun…

  19. Hisham Maverick

    Ade gak diorg hapus tol…kat sg nyior penang..tol.lagi naik spai 1.20 bah… ni ape cite lak

  20. Mohd Azizafril Abu Hasan

    Hahaha… ksian pndai guna fb tp xpndai cari info bguna

  21. Mohd Shir

    Betul2 harap² PH menang pilihan Raya Malaysia nanti jadi senang kena kencing Siang malam.. mahathir n the geng lagi kuat kencing.. kita2 barang2 boleh turun ke? Tgk sendiri kerajaan Selangor aje.. gaji MB besar aje dah Sama dgn gaji PM Malaysia … Dpt Kuasa aje sendiri punya pocket Kasi masuk dulu lepas Tu baru rakyat didahulukan.. hahaha ni Pembangkang semua Sama mcm buaya tugu Kuasa lagi rakus Dari BN..

  22. Mohd Azizafril Abu Hasan

    Amin.. harap2 PH menang la.. madey kencing time dia org umno bn gak btul x? Sbb tu org ckp, bn umno ni dri dulu smpai skrng xleh pkai.. beza dia salah laku madey hanya skrng jer bru nmpak.. time dia xde kuasa.. najib skrng pon da nmpak.. apa tggu lgi..

  23. Riz Genji Zul Glock

    Ph dok kencing hang pa ja… Tol sungai nyior tu mmg tak mansuh pun p tgk negeri lain ada ka negeri yg depa perintah mansuh… Buat lagi ada la…. Sapa percaya Ph… Mmg tak waras

  24. Riz Genji Zul Glock

    Ph dok kencing hang pa ja… Tol sungai nyior tu mmg tak mansuh pun p tgk negeri lain ada ka negeri yg depa perintah mansuh… Buat lagi ada la…. Sapa percaya Ph… Mmg tak waras

  25. ZaidZain Al-barr

    Bos. Jgn laa nk tipu..nmpk sngt penipunyoo.. tol kan dibwh bidang kuasa persekutuan.. pmbngkng mna ada kuasa nk mansuhkn tol.. klu pembangkang ada kuasa mgkn dh lme tol di malaysia ni x wujud.. InsyaAllah boh.. boh doa2 laa smoga pembangkang menang pru.. nescaya tol2 x akn wujud lgi..

  26. ZaidZain Al-barr

    Jika pembangkang menang pru.. bn jd pembangkang kan kan kan.

  27. Addy Asmawi

    Bah?? Balik sabah la kalau payah sgt hehehe.

  28. Abdul Malik

    Kepada macai PH, sila tya dgn pemimipin yg anda sygi, adakah mereka akan hapuskan GST jika memerintah?

  29. Awang Mahathir

    D selangor & p pinang harga barang & tarif air naik jugak x turun pun walhal dh 2 penggal perintah apa cerita ???

  30. Addy Asmawi

    E eh dah x reti nak jwb pasal kosensi tol, spin pulak ke air dan letrik wakakakakaka.. Dasar barua umno bangsat!!

  31. Bakh Kamal

    Nak tanys Addy blh list kan jasa PH setakat ini pada rakyat Selangor tak?
    Setakat ini dari fakta nyata tak ada, cuma rhetorik aje, semua statement politik…

  32. Addy Asmawi

    Bleh je.. Jwb la psl konsesi tol tu..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.