25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 11, 2021

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Dalam konteks BN ia mengandungi UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBS)…itu sahaja.

“Jadi, kita sebahagian daripada kerajaan memerintah iaitu Perikatan Nasional,” katanya ketika ditanya adakah MCA salah sebuah parti yang terlibat dalam permohonan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN).

Wee yang juga Menteri Pengangkutan ditemui pemberita selepas merasmikan platform e-dagang pelancongan runcit pertama Malaysia iaitu shopMYairports oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), di sini semalam.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 27 Ogos lepas dilaporkan berkata parti-parti di bawah BN tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu, sebaliknya sokongan BN kepada PN hanya melibatkan sokongan ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.