Najib Terkilan Polis Geledah Kediaman Lebih 20 Jam

Kongsi:

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terkilan kerana polis ambil 20 jam untuk geledah kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini sehingga hari pertama ibadah puasa terganggu.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata polis hampir selesai menggeledah kediaman itu dan hanya menunggu untuk membuka kunci peti besi berusia 20 tahun yang terletak di tingkat pertama rumah banglo berkenaan.

Katanya, polis mengambil masa untuk menyelesaikan serbuan selama 20 jam itu kerana mereka cuba memecahkan peti keselamatan berkenaan.

Difahamkan, kunci peti besi itu hilang selama bertahun-tahun dan tiada barang berharga di dalamnya.

“Mereka kini cuba membuka peti besi dengan menggerudi dan kaedah lain, dalam masa sama mereka menggeledah seluruh rumah,” katanya yang baru selesai berjumpa anak guamnya itu.

Harpal berkata, pihak polis pada mulanya berjanji untuk meninggalkan kediaman itu selepas mengambil tiga kotak barang seperti pakaian, hadiah dan beg tangan kira-kira jam 5 pagi.

Namun, tambah beliau, pihak polis masih menjalankan beberapa pemeriksaan sehingga jam 8.30 pagi apabila tiba-tiba mereka mengerahkan pasukan untuk membuka peti keselamatan.

“Mereka cuba membuka peti besi tetapi tidak berjaya jadi mereka mula menggerudi sehingga jam 5 pagi,” katanya sambil menambah bahawa proses itu menyebabkan gangguan dan bunyi bising kepada keluarga Najib serta jiran.

“Anak guam saya ternyata kecewa dengan apa yang berlaku sejak jam 5 pagi tadi, pencarian yang dilakukan di premis dan barangan yang disita setakat ini kelihatan tidak penting.

“Kehadiran pegawai polis di kediaman secara berterusan dan penggerudian peti keselamatan menyebabkan gangguan yang tidak wajar serta tekanan perasaan kepada anggota keluarga Najib, kakitangan serta individu lain dalam kediaman itu selain mewujudkan imej buruk kepada anak guam saya, “katanya.

Menurut Harpal, serbuan pada malam Ramadan itu menyebabkan kesulitan kepada keluarga dan kakitangan Najib, menafikan hak mereka untuk melaksanakan kewajipan agama seperti berbuka puasa dalam suasana tenang pada hari pertama.

Bagaimanapun katanya, anak guam beliau  bersetuju meneruskan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan tetapi gangguan itu kini berlanjutan selama hampir 18 jam,” katanya.

Sementara itu, jika semalam Najib melalui Twitternya menyertakan gambar beliau sedang solat terawih di Masjid Kg Baru, malam ini twitternya menunjukkan gambar beliau bersama ibunya Tun Rahah Mohamed Noah.

“Alhamdulillah berkat bulan Ramadan, dapat bersama Bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat terawih tadi,” tulisnya yang kemudian turut dikongsi netizen.

Pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan tindakan polis melakukan serbuan dan menggeledah kediaman Najib pada waktu yang dianggap tidak sesuai.

———–
http://pakdin.my/tag/najib-razak

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

61 Replies to “Najib Terkilan Polis Geledah Kediaman Lebih 20 Jam

  1. dgr kata mama panda ngn pak panda kena rush bnyk bag kena angkut ni apa kess ni?kata ada cash,beg mahal2,smpai 72 beg berharga,,betul ke ni Admin?ke palsu ni,,ish..ish…heran,tkkn bekas Pm kita buat mcm ni,,hmmm..ish..ish…kesian rakyat selama ni kan,,tpi betul ke ni??

  2. X Pm no 5 kes corrupt d dunia ..kata astro awani ..beg tangan aja puluh juta tak masuk cash .najib tak pernah pakai beg tangan????…ni tak masuk barang kemas Duit cash jam tangan jingling emas n lain lagi ….soalanya kenapa kena sorok umah org lain Kenapa tak simpan d Rumah sendiri…sedangkan umah sendiri besar n Kalau barang barang tu bersih dari kes pecah amanah or kes terlibat dfn 1mdb or barang itu hadiah ..kenapa tak letak aja d Rumah sendiri ? Something not right here …ni Baru satu tempat …kata polis Ada 6 tempat …n polis kata kes 1mdb siasatan positif!!!!!!! Ayoooo

  3. Ya kami pun terkilan..tiada rasa hormat lansung kpd bekas pemimpin negara..ini ke contoh dan tauladan kpd rakyat Malaysia..
    Satu rejim yang lebeh jahat telah tertuboh dinegara ini.
    Kalau boleh sewenang2 diberi pengampunan kpd pesalah ini tidakkah menyelewengkan dan memporak peranda institusi negara?

  4. KUALA LUMPUR: Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.
    Selain itu, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin.
    Bercakap pada sidang di lobi kondominium itu awal pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Ni pa cita!!??? Opsss… dari menabung masa baby lagi…

  5. Carl Hason bukan kah Rasulullah sendiri menuntut kita utk bersangka baik. Berkenaan tun & anwar pun aku bersangka baik walaupun mungkin dakwaan tun thdp anwar itu adlah benar / fitnah. Jgn jd org islam hanya pada nama encik

  6. Salasilah Keturunan & warisan kekayaan DS Najib

    Selama ini sedarkah kita yang Dato Sri Mohd Najib Tun Razak bukan dari keturunan Dr Gigi yg kaya setelah menjawat Perdana Menteri ke-4. Sebaliknya Dato Sri Najib dari keturunan orang kaya Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar.

    Siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah?

    Tan Sr noah merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 – 29 Februari 1964)

    Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 – 28 Julai 1970)

    Menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.

    Mengikut salasilah, Tan Sri Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar “Orang Kaya” yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar.

    Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan “Orang Kaya” yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895). Gelaran “Orang Kaya” dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakil Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya.

    Datuk beliau, Orang Kaya Junid, berasaI daripada zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Makmur (Bukit Mor), Muar, Johor.

    Beliau berkahwin dengan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada Julai 1922. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki.

    Anak-anak mereka bernama Suhailah Mohamed Noah, Rahah Mohamed Noah, Datin Fakhriah dan Abu Rais (gelaran Atan). Tun Suhailah Mohamed Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn (1976-1981)

    Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) (AYAH KEPADA DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK. Manakala Datin Fakhriah Mohamed Noah pula adalah isteri kepada Dato’ Abdullah Ahmad, bekas Yang di-Pertua, Majlis Bandaran Johor Bahru.

    Dari salasilah ini membuktikan Dato’ Sri Najib bukan orang sebarangan. Kekayaan dari warisan moyangnya mampu memberi kehidupan selesa tanpa menjadi Perdana Menteri. Setakat rampasan barang perhiasan isterinya rasanya tak menghairankanpun. Tetapi kalau Dato Sri Najib kejam merampas harta Mahathir ketika beliau menjadi PM ke-6 rasanya lebih 1000 kali ganda lebih besar nilainya, jika dicampur berapa banyak kereta sport mewah, kapal mewah, rumah penginapan serata dunia hanya dari asalnya seorang dr gigi sebelum menjadi Perdana Menteri ke-4?

    Aku heran bila org tuduh kaya kerana merompak hasil negara tapi aku pelik mereka buat bodo bila dr gigi bila jafi pm selama 22 tahun tiba2 melahirkan 3 org anak billionaire tapi org tak percaya pulak yg mahathir merompak? Fikir2kan Mohd Fadzil

  7. Keoada penyokong kerajaan ,jgn layan page ni…sebelum PH ambil pemerintahan Malaysia.page mcm nak mati x ada org komen pun.kini page ni ramai yg komen.itu admin meroyan..jom boikot page ni..jgn bagi sekarang komen..

  8. Bersabarlah kerana sabar itu indah.
    Semoga Allah swt, TUHAN semesta alam memudahkan segalanya dan memberkati Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak walau dimana pun berada amin ya rabbilallamin…….
    (Love For All Hatred For None)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.