26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Nota Yashmin Fauzi Mangsa Bunuh Gua Musang Bantu Polis Tahan Suspek (video)

isteri-sukarelawan-polis-maut-dikelarNota yang sempat ditulis mangsa bunuh telah membantu polis menahan seorang suspek yang dipercayai membunuhnya yang merupakan isteri seorang anggota sukarelawan polis di Kampung Batu Papan, Gua Musang pada Ahad.

Nota itu sempat ditulis mangsa ketika dia dirawat di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata berdasarkan nota tersebut, pihak polis berjaya menjejaki suspek yang tinggal di kampung bersebelahan dan dikenali kebanyakan penduduk di situ.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Tanah Putih petang Ahad.

“Tangkapan dibuat dalam masa 12 jam dari masa kejadian selepas polis mendapat satu nota yang sempat ditulis mangsa di hospital sebelum dia meninggal dunia,” katanya.

Mazlan berkata suspek yang tidak bekerja dan positif dadah turut disyaki mengambil wang sebanyak RM250 daripada mangsa sebelum melarikan diri.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 8 Mac.

Beliau berkata pihaknya percaya dengan penahanan suspek berusia 22 tahun itu, ia dapat menyelesaikan kes pembunuhan tersebut.

Mangsa Yashmin Fauzi, 26, ditemui suaminya dalam keadaan separuh sedar di depan rumah sewa mereka dengan lehernya berlumuran darah dipercayai akibat dikelar, kira-kira 2.30 pagi.

Dia kemudian dibawa suaminya ke hospital bagaimanapun meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi.

 

DATUK MAZLAN LAZIM / KETUA POLIS KELANTAN
“Sebelum si mati tu meninggal dia sempat tulis lagi siapa suspek buat nota ni kira bagus la kes yang bagi saya ianya satu kes terpinggir tapi di mana si mati sebelum meninggal dunia dia telah memberitahu pihak polis.”
Datuk Mazlan menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada pegawai dan anggota polis Kelantan yang terlibat banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu.
Menurut Datuk Mazlan, suspek 22 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tambah Datuk Mazlan, nota itu ditulis sendiri mangsa ketika masih menerima rawatan.
Berdasarkan maklumat itu, polis menahan suspek di rumahnya di Kampung Batu Putih. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu seorang suri rumah, Yashmin Fauzi, 26 tahun, maut apabila dikelar di rumahnya dalam satu cubaan merompak.
Suspek yang ditangkap 12 jam selepas kejadian itu, direman 7 hari.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...